- Home
- Berita Terkini
- PENAMBAHBAIKAN PEMBUDAYAAN SUKAN MELALUI PELAKSANAAN BENGKEL SINDIKASI INDEKS BUDAYA SUKAN MALAYSIA 2021 (IBSM’21)
PENAMBAHBAIKAN PEMBUDAYAAN SUKAN MELALUI PELAKSANAAN BENGKEL SINDIKASI INDEKS BUDAYA SUKAN MALAYSIA 2021 (IBSM’21)
PUTRAJAYA, 22-23 Mac 2021 – Bengkel Sindikasi Indeks Budaya Sukan Malaysia 2021 (IBSM’21) anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah berlangsung selama dua hari secara fizikal dan atas talian bermula 22 hingga 23 Mac 2021 bertempat di Putrajaya Marriott Hotel. Bengkel yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Marzuki Mohamad, Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan domain dan indikator Indeks Budaya Sukan Malaysia 2021 selaras dengan perancangan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ( RMK-12).
Seramai 79 orang peserta yang mewakili Kementerian, Agensi, Non - Governmental Organization (NGO), persatuan sukan, syarikat korporat serta lain-lain pemegang taruh pembangunan belia dan sukan telah hadir ke bengkel ini. Peserta bengkel telah dipecahkan kepada empat kumpulan perbincangan yang dipandu oleh seorang fasilitator dan dibantu oleh dua orang pelapor IYRES. Pihak IYRES telah mengaplikasikan penggunaan Padlet bagi memudahkan proses pengumpulan input perbincangan agar hasilnya lebih interaktif.
Pada hari kedua bengkel berlangsung, empat sesi pembentangan daripada setiap wakil kumpulan telah dilaksanakan dan disusuli dengan sesi pembentangan rumusan bengkel oleh Puan Shariffah Mamat, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Manakala ucapan perasmian penutup Bengkel Sindikasi IBSM’21 disampaikan oleh YBhg. Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KBS.
Disediakan oleh :
En. Shah Romnizam Ramli
Eksekutif Penyelidik
Disunting oleh :
Unit Komunikasi Korporat IYRES