kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENELITIAN STRATEGI BERKAITAN EKOSISTEM BUDAYA SUKAN MELALUI PELAKSANAAN BENGKEL TWG INDEKS BUDAYA SUKAN MALAYSIA 2021 (IBSM’21)

30062021   TWG IBSM

Putrajaya, 29 Jun 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Bengkel TWG IBSM’21 melalui platform ZOOM Meeting yang dijadualkan selama dua hari bermula 29 hingga 30 Jun 2021. Seramai 64 orang peserta merentas Kementerian, Jabatan, Agensi, Persatuan Sukan, NGO, Badan korporat, Para Akademik dan lain- lain pemegang taruh belia telah mengikuti Majlis Perasmian Bengkel TWG IBSM’21 yang bermula pada 9.30 pagi. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Para peserta juga telah didedahkan berkaitan format pelaporan bengkel bagi memudahkan proses sesi perbincangan mengikut empat pecahan kumpulan yang disediakan.

Setiap kumpulan akan dipandu oleh fasilitator yang dilantik terdiri daripada pakar rujuk Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) iaitu YBrs. Prof. Dr. Mohd Salleh Aman (UM), YBrs. Prof. Madya Dr. Gunathevan Elumalai (UPSI), YBrs. Prof. Madya Dr. Nur Riza Mohd Suradi (UKM) dan YBrs. Prof. Madya Dr. Hashbullah Ismail (UiTM). Selain itu, seramai dua orang pelapor setiap kumpulan daripada IYRES disediakan untuk membantu fasilitator bagi melancarkan sesi perbincangan tersebut.

Hasil perbincangan Bengkel TWG IBSM’21 akan dibentangkan pada hari kedua bengkel merangkumi Tier 2 iaitu Pendekatan Intervensi dan Pemerhatian khusus, Tier 3 iaitu Pendekatan Diagnosis dan Perbincangan Kumpulan Berfokus serta lima (5) faktor penyumbang kepada budaya sukan dalam masyarakat di Malaysia. Maklumat tersebut juga akan dijadikan input dalam menyokong pembentukan Kanvas Pembangunan Budaya Sukan masyarakat Malaysia sebagai usaha memupuk pembudayaan sukan dan menggerakkan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bengkel TWG IBSM’21 dalam talian ini diakhiri dengan sesi pembentangan rumusan yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Manakala ucapan penutup bengkel telah disampaikan oleh YBhg. Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.