kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KURSUS ASAS PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI (RINGGIT SENTAP KASI MANTAP)

03082021   Kursus Kewangan IYRES

PUTRAJAYA, 3 Ogos 2021 – Kursus Asas Pengurusan Kewangan Peribadi telah dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) secara atas talian selama 2 hari bermula 2 hingga 3 Ogos 2021. Penceramah jemputan adalah Encik Tan Chee Hong, Ketua Cawangan AKPK Alor Setar dan Puan Fatimah Ali, Penolong Kanan Cawangan AKPK Alor Setar. Seramai 38 orang kakitangan IYRES telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Sokongan.

Kursus ini dilaksanakan bagi tujuan mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan kewangan berhemah dalam kalangan kakitangan disamping mengelakkan diri daripada berada dalam keadaan keberhutangan yang tinggi sehingga menjejaskan integriti dan prestasi di tempat kerja. Konsep pengurusan kewangan peribadi itu sendiri sebenarnya amat ringkas di mana perbelanjaan tidak sepatutnya melebihi pendapatan dan simpanan perlu ditetapkan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perbelanjaan.

Melalui sesi kursus ini, panel jemputan telah berkongsi strategi pengurusan aliran tunai dan cara perbelanjaan berdasarkan pendapatan aktif dan pasif. Jejak belanja dengan menggunakan formula mudah yang boleh dimuat turun di atas talian mahupun secara manual. Perkongsian beliau dalam mengendalikan kes-kes pelanggan dalam pengurusan kredit bagi membebaskan diri dari belenggu hutang turut dikongsikan bersama.

Selain itu juga, AKPK adalah sebuah badan agensi yang membantu menyediakan nasihat dan menganalisis kewangan pelanggan dengan menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman yang dirangka khusus dengan berpandukan kepada kedudukan tunai pelanggan. Antara saranan pihak AKPK, perlu ada ilmu dalam menguruskan kewangan dan jangan malu untuk mendapatkan nasihat. Banyak platform dan saluran yang sahih disediakan bagi mengatasi masalah kewangan dan terhindar dari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kursus tersebut di akhiri dengan sesi soal jawab yang mendapat sambutan daripada peserta kursus.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.