- Home
- Berita Terkini
- PENSIJILAN SIRIM ISO 9001:2015
PENSIJILAN SIRIM ISO 9001:2015
PUTRAJAYA, 17 September 2021 - Telah selesai proses pengauditan fasa pertama oleh pihak SIRIM secara atas talian bagi tujuan pensijilan ISO 9001:2015. Fasa pertama audit ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 15 dan 17 September 2021. Juruaudit SIRIM Encik Mohd Hisyam Mahadi telah melaksanakan pengauditan ke atas kesediaan dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti IYRES.
Pelaksanaan pengauditan ISO 9001: 2015 ini adalah bertujuan untuk memastikan pengurusan IYRES akur kepada keperluan Sistem Pengurusan Kualiti organisasi dan keperluan standard MS ISO 9001:2015. Mesyuarat pembukaan dan penutup bagi pengauditan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.
Semoga pelaksanaan MS ISO 9001:2015 dapat meningkatkan kepuasan pelanggan. Segala cadangan, teguran dan penemuan oleh pihak SIRIM akan ditambahbaik bagi memastikan IYRES memperolehi persijilan ISO 9001:2015.