- Home
- Berita Terkini
- BENGKEL HALA TUJU IYRES TAHUN 2022
BENGKEL HALA TUJU IYRES TAHUN 2022
MELAKA, 21 November 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Bengkel Hala Tuju IYRES Tahun 2022 selama tiga hari bermula 19 hingga 21 November 2021 di Melaka. Bengkel ini bertujuan merancang program dan aktiviti IYRES bagi tahun 2022 selaras dengan teras Pelan Strategik IYRES 2021 - 2025.
Bengkel ini dihadiri oleh 24 orang pegawai dan kakitangan IYRES yang menyumbang kepada perbincangan penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi tahun 2022. Sejajar dengan teras Pelan Strategik IYRES 2021-2025, sebanyak 81 KPI telah disasarkan bagi tahun 2022.
Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini IYRES dapat memperkukuhkan perkhidmatan sebagai institut penyelidikan bertaraf tinggi, meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dan pemegang taruh serta menjayakan semua program dan aktiviti yang telah ditetapkan.