kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

YOUTH SMART PARENTING: EDUCATION STARTS AT HOME

20220127   Travelog Ilmu Siri I


PUTRAJAYA, 27 Januari 2022 – Travelog Ilmu Siri 1 bertemakan Youth Smart Parenting: Education Starts at Home telah berlangsung pada 27 Januari 2022 secara atas talian melalui aplikasi Zoom Webinar. Selepas bacaan doa, program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan seterusnya dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Travelog Ilmu kali ini membawa dua orang panel yang membincangkan isu bagaimana golongan belia dapat membina keluarga harmonis, sejahtera dan celik alam sekitar. Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy telah berkongsi cara bagaimana untuk mendidik anak berjiwa sukarela, berkongsi tips dan dapatan data berkaitan faktor kesukarelaan dalam diri manakala Puan Hetty Helena Mohd Yussof, Pegawai Kesihatan Persekitaran, SWCorp telah berkongsi mengenai konsep kitar semula berkaitan perubahan iklim, faedah dan manfaat kepada golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti kitar semula.

Seramai 454 orang peserta telah mengikuti Travelog Ilmu Siri 1 ini yang merupakan program pembuka tirai aktiviti sokongan penyelidikan IYRES tahun 2022. Terima kasih diucapkan kepada peserta yang memberi sokongan dan kerjasama dalam memeriahkan program ini. Semoga kita berjumpa lagi pada program seterusnya. Untuk ulang tayang, sila lawati FB page @IYRESKBS.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.