- Home
- Berita Terkini
- HIGH-LEVEL POLICY CONFERENCE “YOUTH AS RESEARCHERS ON COVID-19”
HIGH-LEVEL POLICY CONFERENCE “YOUTH AS RESEARCHERS ON COVID-19”
YBrs. Dr Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mewakili KBS telah menghadiri Persidangan “Youth as Researchers (YAR) on COVID-19” High-Level Policy Conference anjuran UNESCO pada 25 Mac 2022. Inisiatif YAR telah dilancarkan pada tahun 2020 oleh UNESCO untuk belia mendokumentasi dan menyuarakan perspektif belia serta bertukar pandangan dengan pembuat dasar mengenai impak pandemik Covid-19 ke atas golongan tersebut, mengenal pasti cadangan dasar untuk memperkasakan belia dan melibatkan pembuat dasar dalam merangka tindak balas yang efektif bagi menangani krisis. YBrs. KPE IYRES telah memberi intervensi mengenai inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh KBS dan IYRES dalam meningkatkan kesejahteraan belia secara khusus dan khasnya dalam menangani isu kesihatan mental belia. Selain itu, YBrs. KPE IYRES turut telah menyampaikan komitmen Malaysia melalui KBS dan IYRES untuk melaksanakan dua kajian pada tahun 2022 iaitu Pembangunan Indeks Kesihatan Mental Belia serta Kajian Profil Kesihatan Mental dalam Kalangan Belia Malaysia. Persidangan YAR ini turut dihadiri oleh Puan Afidah binti Arshad, Timbalan Delegasi Tetap, Pejabat Delegasi Tetap Malaysia di UNESCO secara fizikal di Paris.