- Home
- Berita Terkini
- SESI KUNJUNGAN HORMAT IYRES KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK
SESI KUNJUNGAN HORMAT IYRES KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK
IPOH, 4 April 2022 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Sesi Pembentangan Cadangan Pelaksanaan Kajian Indeks Belia Negeri Perak kepada YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak.
Sesi ini turut membentangkan keseluruhan cadangan pelaksanaan penyelidikan dan data yang boleh dilaksanakan secara kerjasama antara IYRES dan Kerajaan Negeri Perak dalam pembangunan belia Perak. Sesi ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat UPEN 1A, Aras 1 Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Turut hadir ke sesi tersebut adalah YBrs. Dr. Maisarah binti Ahmad dan IYRES dihadiri oleh YBrs. Dr Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES bersama beberapa orang Pegawai Kanan IYRES.