- Home
- Berita Terkini
- PERBINCANGAN KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM IMPAK ILKBS@KOMUNITI
PERBINCANGAN KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM IMPAK ILKBS@KOMUNITI
PUTRAJAYA, 18 April 2022 - Sesi Perbincangan Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program Impak ILKBS@Komuniti telah selesai dilaksanakan melibatkan dua orang pakar rujuk, dua orang ex officio dan 6 orang penyelidik IYRES. Sesi ini diadakan bertujuan untuk membentangkan berkaitan pelaksanaan kajian dan pemurnian objektif kajian. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif, IYRES dan dikendalikan oleh Cik Farhan Mat Arisah, Eksekutif Penyelidik VIII, IYRES.