- Home
- Berita Terkini
- BENGKEL PENETAPAN DEFINISI SUKAN DAN REKREASI DALAM KONTEKS MALAYSIA
BENGKEL PENETAPAN DEFINISI SUKAN DAN REKREASI DALAM KONTEKS MALAYSIA
𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 21 JUN 2022: Telah berlangsung Bengkel Penetapan Definisi Sukan dan Rekreasi dalam Konteks Malaysia. Bengkel ini dianjurkan oleh Sekretariat Industri Sukan bertujuan untuk membincangkan definisi-definisi sedia ada di dalam dasar dan akta sukan negara berkaitan sukan dan rekreasi seterusnya memuktamadkan definisi tersebut sebagai memenuhi keperluan untuk membangunkan Akaun Satelit Sukan (SSA).
Bengkel ini dihadiri oleh wakil dari Bahagian/ Agensi KBS, DOSM, KPM, Universiti Awam dan Persatuan Sukan manakala IYRES diwakili oleh Puan Shariffah Mamat dan Cik Farhan Mat Arisah.