- Home
- Berita Terkini
- Seminar Peranan Penjawat Awam Belia Dalam Memutuskan Rantaian Rasuah
Seminar Peranan Penjawat Awam Belia Dalam Memutuskan Rantaian Rasuah
PUTRAJAYA, 13 September 2022 -Telah berlangsung Seminar Peranan Penjawat Awam Belia Dalam Memutuskan Rantaian Rasuah bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Seminar ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker.
Seminar yang dilaksanakan ini merupakan kerjasama strategik antara pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan IYRES bersama pihak JPA, SPRM dan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) yang bertujuan adalah sebagai platform kepada masyarakat dan khususnya Penjawat Awam Belia bagi meningkatkan ilmu dan kesedaran berkaitan isu jenayah rasuah.