kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Tarik minat pelajar lelaki ke universiti

20221018 pelajar

 

Kemasukan pelajar baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT) bermula minggu lalu, terus menunjukkan pengurangan jumlah mahasiswa lelaki dalam semua fakulti kecuali Fakulti Kejuruteraan.

Berdasarkan pemerhatian, purata pelajar lelaki berbanding wanita adalah pada

nisbah 1:4 hingga tidak hairan jika kelas dengan jumlah 40 hingga 50 orang mempunyai hanya sekitar 10 mahasiswa lelaki sahaja.

Senario sebegini sebenarnya amat membimbangkan kerana impak terkesan dalam dunia pekerjaan masa kini.

Malah, ia dapat dilihat dalam profesion perguruan apabila jumlah guru lelaki amat berkurangan hingga sedikit sebanyak mengganggu sistem pemantauan pelajar di sekolah.

Kadangkala, ada guru lelaki tidak menang tangan mengawal disiplin pelajar, di samping perlu menyudahkan beberapa tugas pengurusan di bilik guru.

Ini bukan menidakkan keupayaan tenaga pengajar wanita kerana tidak dinafikan mereka banyak menyumbang dalam segala aspek bagi mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara.

Bagaimanapun, ketidakseimbangan ini perlu dipandang serius dan pihak berkenaan harus merangka pelan strategik jangka panjang bagi meningkatkan tenaga pengajar lelaki.

Hal ini amat penting kerana apabila bilangan guru lelaki bertambah, maka kawalan disiplin di sesebuah sekolah akan bertambah baik.

Sesebuah sekolah dapat menyediakan persekitaran pembelajaran kondusif dan secara tidak langsung akan mengurangkan bilangan pelajar bermasalah khususnya pelajar lelaki.

Syor tambah kuota program

Justeru, Kementerian Pelajaran (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu memperhalusi beberapa cadangan untuk mengatasi isu ini.

Pertama, mewujudkan atau menambah kuota untuk pengambilan pelajar lelaki bagi program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Pendekatan ini dipercayai dapat menambahkan penuntut lelaki di IPT khususnya dalam program perguruan, tetapi ia tidak bermakna kualiti dan kelayakan pemohon boleh dikesampingkan.

KPT melalui IPT pula, disaran menawarkan mod pengajian fleksibel berasaskan elemen keusahawanan.

Pelajar diberi ruang dan peluang mengikuti pengajian ijazah dan pada masa sama boleh berniaga tanpa sebarang kekangan dari segi jadual pengkuliahan atau modal perniagaan.

Hal ini boleh dilakukan sekiranya jadual disusun kemas pihak pentadbir akademik dengan

mengambil kira faktor keusahawanan itu, selain mendapat suntikan modal dan galakan daripada universiti.

Berdasarkan kedua-dua pendekatan ini, setidak-tidaknya ia boleh membantu anak muda yang sebelum ini terpaksa membatalkan hasrat untuk menyambung pengajian ke menara gading berikutan perlu bekerja untuk menyara kehidupan keluarga daif.

Pada sisi lain, unit kokurikulum juga boleh memikirkan aktiviti dapat menarik minat anak muda untuk menyambung pengajian ke IPT khususnya pelajar lelaki.

Contohnya, menyediakan program kokurikulum baharu seperti kursus e-sukan merangkumi permainan komputer terkini berbantukan elemen realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR), pengendalian dron serta kursus asas media sosial seperti TikTok untuk perniagaan.

Semua elemen ini dapat menarik minat anak muda terutama pelajar lelaki untuk menyambung pengajian, sekali gus meningkatkan jumlah mahasiswa yang dapat mengisi segenap sektor pekerjaan di negara ini kelak.

Ketua Jabatan Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Sumber : Berita Harian. Pautan - Berita Harian

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.