kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KBS Saran Penggiat e-Sukan Sertai Kaji Selidik

20230104   esports

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyarankan rakyat Malaysia yang aktif atau pernah terlibat dalam e-sukan supaya menyertai kaji selidik secara dalam talian yang bertujuan mengumpul maklumat serta pandangan tentang ekosistem sukan itu di negara ini.

Menterinya Hannah Yeoh berkata hasil kaji selidik terbabit akan dimanfaat dan diguna pakai kementerian itu bagi pembangunan dasar serta strategi berkaitan sukan berkenaan pada masa akan datang.

“Kajian menyeluruh tentang ekosistem e-sukan tempatan penting untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam dan maklumat kritikal yang sebelum ini tidak diketahui, selain memastikan bahawa semua keputusan yang dibuat didorong oleh data.

“Memandangkan pemain e-sukan Malaysia terus mencapai kejayaan di peringkat serantau dan antarabangsa, adalah penting untuk melihat secara ke dalam bagi mengukur potensi pertumbuhan pasaran Malaysia dan kesannya pada masa hadapan ke atas ekonomi, pembangunan belia dan sukan,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu memaklumkan kaji selidik melalui inisiatif Esports Integrated (ESI) dan Institut Penyelidikan Belia Malaysia (IYRES) itu yang dilancarkan Disember lepas hingga Februari tahun ini, turut menyasarkan pengumpulan maklumat demografi, psikografi serta kesan kewangan terhadap peminat sukan tersebut.

Menurut kenyataan itu kaji selidik kemudian akan disusuli dengan pembentukan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang terdiri daripada pakar e-sukan tempatan dan pihak berkepentingan pada Mac bagi tujuan perbincangan kumpulan fokus, selain memahami ekosistem pada tahap yang lebih mendalam dan teknikal.

Soal selidik dalam talian itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat dengan e-sukan atau pernah bermain mana-mana judul permainan dalam sukan itu, dan boleh diakses menerusi pautan https://bit.ly/esports-my.

-- BERNAMA

 

Sumber : BERNAMA. Pautan : BERNAMA

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.