kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Promosi Pengajian Bidang Teknikal Di Politeknik, Kolej Komuniti Perlu Ditingkatkan

 

poli

JELI, 19 Mac (Bernama) -- Aktiviti promosi secara aktif sedang giat dilakukan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam usaha menarik lebih ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti pengajian bidang teknikal yang ditawarkan institusi pengajian terbabit.

Timbalan Ketua Pengarah (Governan) JPPKK Kamaludin Daud berkata berikutan trend kemasukan pelajar ke institusi itu agak menurun sejak tahun lalu, pihaknya turut mengadakan demonstrasi kemahiran dan pameran yang menunjukkan kemampuan politeknik serta kolej kemahiran berkenaan.

"Statistik dikeluarkan Jabatan Perangkaan tahun lalu, merekodkan sebanyak 72 peratus lepasan SPM tidak memohon ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau institusi kemahiran.

"Oleh itu, kita telah mengadakan jaringan kerjasama dengan peserta industri untuk berbincang mengenai apa yang kita ada, di samping mendapatkan input yang diperlukan pihak industri dalam memenuhi pasaran yang ditawarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Politeknik Jeli Kelantan (PJK) Agro Food Security Hub, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Perikanan negeri Dr Erniyta Osman.

Mengulas lanjut, Kamaludin berkata dua program pengajian yang ditawarkan di PJK ialah Diploma Agroteknologi dan Diploma Akuakultur, yang dapat membantu dalam meningkatkan keterjaminan makanan di negara ini.

"Jaminan makanan ini memberi pengaruh yang besar kepada negara kerana seluruh rakyat akan memperoleh manfaat sama rata dalam sumber makanan," katanya.

Beliau berkata pihaknya sentiasa membuka peluang kepada pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian ke institusi berkenaan kerana pengambilan pelajar ke politeknik dibuat sebanyak dua kali setahun.

Sumber : Bernama. Pautan : Bernama

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.