kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Lebih 6,700 Atlet Bawah 21 Tahun Ikuti Program Pelapis

 

bawah 212

 

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) - Sebanyak 6,769 atlet bawah 21 tahun sedang mengikuti program pelapis negeri yang dibimbing 400 jurulatih bertauliah, di 319 pusat latihan di seluruh negara. Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata 2,232 atlet berusia 13 hingga 15 tahun pula dibimbing 172 jurulatih bertauliah di 165 pusatlatihan daerah menerusi program bakat. “Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited memastikan negara tidak ketandusan bakat baharu sukan di peringkat akar umbi sehingga mereka dapat digilap dan menggantikan barisan atlet senior pada bila-bila masa,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) mengenai perancangan dilakukan KBS dalam usaha mencari bakat-bakat baharu sukan bagi sukan popular seperti badminton dan bola sepak.

Adam Adli berkata kedua-kedua program itu menyediakan peralatan latihan, latihan mod separuh masa, pendedahan latihan dan pertandingan di peringkat daerah dan negeri.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menganjurkan pertandingan liga sukan komuniti bagi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sebagai usaha mencari bakat baharu bagi sukan bola jaring, futsal dan bola keranjang.

Katanya kementerian menyasarkan penyertaan 100,000 orang dalam pertandingan tersebut dan ketiga-tiga sukan itu dipilih berdasarkan minat masyarakat.

Sumber : Bernama. Pautan : Bernama

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.