kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Johor Bakal Lahirkan 500 Imam Muda Setiap Tahun

 

imam muda

 

ISKANDAR PUTERI: Johor bakal melahirkan 500 Imam Muda setiap tahun bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata hasrat itu dicapai menerusi kerjasama kerajaan negeri bersama Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).

Katanya, kerjasama itu khusus bagi meningkatkan jumlah imam di negeri ini susulan berlaku kekurangan penjawat jawatan itu di beberapa masjid dan surau taman perumahan serta kampung.

"Menerusi program Imam Muda MARSAH, modul pembelajaran menekankan pembangunan Imam dan Bilal untuk pelajar MARSAH yang telah bermula sejak 2021.

"Melalui program ini, MARSAH sedang melatih 500 pelajar yang mengikuti program itu setiap tahun bermula 2021 bagi melahirkan 500 imam muda pada tahun ini dan 2,500 imam muda menjelang 2027.

"Selain MARSAH, kerajaan negeri turut bekerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi program Eksekutif Imam Profesional, selama setahun.

"Melalui program Eksekutif Imam Profesional itu seramai 85 imam muda akan berjaya dilahirkan dalam kalangan pelajar dan graduan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini.

Terdahulu, beliau menjawab soalan lisan Muszaide Makmor (BN-Sedili) mengenai perancangan dan inisiatif merangsang kekurangan imam dan bilal di masjid dan surau di negeri ini.

Dalam pada itu, Mohd Fared berkata, kerajaan negeri turut menggalakkan penduduk setempat memohon kekosongan jawatan imam dengan syarat sudah memiliki tauliah.

Katanya, pelantikan pegawai masjid dan surau (imam dan bilal) akan dilantik setiap tiga tahun sekali dengan calon yang dinamakan pengerusi masjid dan surau perlu hadir ke pejabat kadi untuk mengisi borang.

"Kebiasaannya, kes kekurangan imam dan bilal biasa didengari di kawasan kampung dan taman perumahan baharu. Bagi mengatasi masalah itu, JAINJ mengalu-alukan individu yang berminat menjadi imam di kawasan berkenaan.

"Mereka hendaklah melalui prosedur yang telah ditetapkan pihak masjid dan surau terbabit perlu memohon perlantikan itu ke pejabat kadi.

"Pelajar tahfiz tempatan dialu-alukan untuk mengisi dan menggantikan kekosongan itu, namun tapisan perlu dibuat melalui Pejabat Kadi bagi mengelakkan lantikan tanpa usul periksa," katanya.

Setakat ini, di Johor terdapat seramai 4,463 pegawai masjid terdiri daripada imam, bilal dan noja di seluruh 838 masjid dan 1,942 surau.

Sumber : Berita Harian. Pautan : Berita Harian

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.