kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KKD Berhasrat Tarik Lebih Ramai Terlibat Ekonomi Digital Melalui PEDI

 

KKD2

 

ALOR SETAR, 29 Mac (Bernama) -- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhasrat menarik lebih ramai anggota masyarakat untuk terlibat dalam ekonomi digital melaluiplatform Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berpotensi memajukan ekonomi rakyat terutamanya golongan muda.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata bagi tujuan itu, pemikiran terhadap operasi PEDi perlu diubah daripada hanya menjadi pusat internet komuniti kepada pusat pemangkin ekonomi digital.

“Melihat keupayaan ekonomi digital memajukan ekonomi terutamanya dalam kalangan anak muda, potensi ekonomi digital ini memang sangat membantu, ada yang sebelum mereka memahami cara nak menjual secara dalam talian menggunakan aplikasi Shopee, TikTok dan sebagainya pendapatan mungkin RM600.

Tetapi setelah mereka tahu caranya, ada yang berpendapatan RM5,000 ke atas, jadi potensi sangat tinggi...sekarang ini kita melihat ramai orang suka menjual dengan TikTok secara siaran langsung contohnya, apa yang boleh kita lakukan supaya lebih ramai dapat turut serta dan hasrat saya ialah supaya lebih ramai dapat dilibatkan dalam ekonomi digital melalui PEDi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PEDi Seberang Terus di Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti di sini hari ini yang turut disertai Ketua Setiausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek.

Fahmi berkata kementeriannya juga akan meneliti kemungkinan untuk menambah baik Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa.

Sementara itu, Fahmi berkata beliau melihat ada kewajaran untuk mengkaji semula gaji pengurus PEDi di seluruh negara kerana ada antara mereka telah berpengalaman sehingga 10 tahun mengurus pusat itu.

“Nak bincang dengan syarikat telekomunikasi nak bantu naikkan gaji (pengurus PEDi) sedikit. Ini yang telah saya dengar daripada ramai pengurus PEDi, kita akan bincang sebab kerjasama daripada syarikat telekomunikasi penting untuk membolehkan pengurus PEDi dapat gaji yang tinggi sikit,” katanya.

Beliau berkata ia selari dengan konsep Malaysia MADANI Kerajaan Perpaduan yang mementingkan aspek manusiawi.

Dalam pada itu, Fahmi berkata KKD merancang membuka 186 PEDi baharu di seluruh negara dan daripada jumlah itu, empat PEDi akan dibuka di empat DUN di Kedah.

Menurutnya setakat ini, terdapat sebanyak 911 PEDi di seluruh negara.

“Pada masa sama saya lihat dari segi kelajuan internet di PEDi ada yang 20 Mbps (megabit sesaat), ada yang 100 Mbps.

“Jadi bersekali kejayaan pelaksanaan Program Jendela di bawah MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), saya lihat ada keperluan untuk kita bincang dengan penyedia perkhidmatan yang menguruskan PEDi untuk tingkatkan kelajuan internet di PEDi. Harapan saya rata-rata kita boleh capai dalam purata 100 Mbps,” katanya.

Sumber : Bernama. Pautan : Bernama

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.