kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

6,986 Usahawan Terima RM100.30j Geran Permulaan Tube Sejak 2014 Hingga 2022

 

6,986 usahawan

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,986 usahawan belia menerima geran permulaan perniagaan berjumlah RM100.30 juta menerusi program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) sejak 2014 hingga tahun lalu, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Senator Saraswathy Kandasami, berkata sehingga 31 Disember 2022 sebanyak 7,183 usahawan belia Bumiputera turut mendapat manfaat daripada program anjuran SME Corp itu.

"Program itu telah mewujudkan 12,686 peluang pekerjaan baharu," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Dr Nuing Jeluing berhubung program untuk melatih belia dalam bidang keusahawanan dan sejauh mana kejayaan program berkenaan.

Katanya, kementerian dan agensi-agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program keusahawanan kepada belia seperti Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protege), merangkumi Program Latihan Intensif Dalam Talian Bagi Usahawan Generasi Baharu (N-GENE) yang berjaya melatih 2,300 usahawan muda.

"Berdasarkan prestasi pelaksanaan program, antara lain, sebanyak 73.52 peratus peserta telah memperoleh pendapatan melebihi RM2,000 selepas tamat program dan 71.17 peratus menggunakan platform digital perniagaan," katanya.

Selain itu, Program Latihan Asas Keusahawanan (ETR 101) telah melatih sejumlah 5,767 belia mendapatkan asas pendedahan, adaptasi pemikiran dan kemahiran keusahawanan di tempat kerja melalui latihan secara fizikal dan dalam talian, katanya.

Beliau berkata, Program Usahawan Perantis (SPACE) pula telah melatih seramai 300 graduan di peringkat institusi pengajian tinggi dan menerima latihan bagi pembangunan produk.

"Daripada jumlah ini, seramai 28 peserta layak diberikan geran selepas tamat program mengikut kriteria yang ditetapkan," katanya.

Sumber : Berita Harian. Pautan : Berita Harian

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.