kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Korban Cuti Sertai Aktiviti Sosial

 

 

korban

 

KUALA NERUS: Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sanggup berkorban masa cuti mereka semata-mata mahu menyertai Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah bergotong-royong membersihkan tandas, ruang tamu masjid dan tempat mengambil wuduk Masjid Kampung Seberang Takir, di sini, hari ini.

Selain itu, mereka menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada jemaah dan orang ramai di hadapan pekarangan masjid serta di bazar Ramadan berdekatan, pada sebelah petang.

Tidak ketinggalan dua penyampai radio Molek FM, Mek Zura dan Khai Hassan turut sama mengambil bahagian mengacau bubur lambuk bersama komuniti setempat.

Pelajar UniSZA, Muhammad Irfan Mohd Nasir, 21, berkata pada mulanya dia berhasrat pulang ke rumah keluarganya untuk berbuka puasa bersama.

Bagaimanapun, pelajar jurusan Ijazah Saujana Muda Kerja Sosial itu memilih untuk menyertai program gotong-royong bersama Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda.

"Kalau ikutkan, hari cuti saya akan habiskan masa bersama keluarga sebelum kembali ke kampus. Namun, saya tidak mahu melepaskan peluang dan secara sukarela menghadirkan diri bersama-sama Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda," katanya yang ditemui di sini.

Bagi Nordayana Batrisya Mohd Syakir, 22, program gotong-royong yang dianjurkan itu begitu sinonim dengan jurusan yang dipelajari sekarang iaitu kerja sosial.

"Saya bersama 44 pelajar yang lain begitu seronok menyertai program seperti ini kerana banyak benda dapat dipelajari," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Kampung Seberang Takir, Abdul Halim Che Ibrahim, berkata pihaknya berterima kasih kepada Media Prima Berhad kerana memilih masjid ini sebagai tuan rumah untuk program Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda.

Katanya, seramai 60 jemaah masjid sambil dibantu kru Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda dan pelajar UniSZA bergotong-royong membersihkan masjid dan membuat bubur lambuk.

"Masjid ini dipilih kerana ia menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar yang singgah untuk menunaikan solat. Malah, keunikan masjid ini adalah apabila dihiasi dengan warna-warni lampu diod pemancar cahaya (LED) pada waktu malam," katanya.

Sumber : Berita Harian. Pautan : Berita Harian

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.