kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Teknologi AI Tidak Akan Kurangkan Peluang Pekerjaan, Ganti Tenaga Manusia - Mustapha

 

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) - Teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak akan mengurangkan peluang pekerjaan kerana ia tidak akan menggantikan sepenuhnya tenaga kerja manusia, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud.

Beliau berkata ketika ini, penyediaan tenaga kerja yang mahir untuk mengendalikan dan mengoperasikan AI sedang dilaksanakan kerajaan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Robert Lau Hui Yew yang ingin mengetahui langkah kerajaan dari segi dasar untuk memanfaatkan AI pada masa sama mengurangkan kesan kehilangan pekerjaan, pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Mustapha berkata selain itu, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) juga telah membangunkan 182 standard kemahiran pekerjaan kebangsaan berkaitan bidang digital yang boleh menjadi rujukan kepada semua penyedia latihan terutamanya Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam melatih bakat mahir negara dalam bidang berkaitan digital.

“Antara bidang ialah pengaturcaraan dan penyiaran serta aktiviti penerbitan dan telekomunikasi. KSM (Kementerian Sumber Manusia) melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) jugadalam usaha memperkasakan pendidikan TVET yang turut menyumbang kepada penyediaan pekerja berkemahiran dalam bidang digital serta kerja-kerja penyelenggaraan fizikal dan infrastruktur makmal keselamatan siber di Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat.

“Selain itu, turut diadakan ialah program latihan kepada tenaga pengajar dan persijilan profesional kepada tenaga pengajar institusi JTM dalam bidang keselamatan siber,” katanya.

Beliau berkata bagi meningkatkan penyertaan belia dalam bidang digital, JPK juga mengadakan pertandingan kemahiran antarabangsa dan pertandingan kemahiran peringkatbelia setiap tahun melibatkan penyertaan 1,300 belia.

Sumber : Bernama. Pautan : Bernama

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.