kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

27 Masjid Di Wilayah Persekutuan Anjur World #Quranhour

 

27masjid WP

 

KUALA LUMPUR - Sebanyak 27 masjid di Wilayah Persekutuan mengadakan program World #QuranHour yang diadakan serentak pada Khamis.

Antara masjid yang menganjurkan program itu termasuk Masjid Zaid bin Thabit, Masjid Ar-Rahah, Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Masjid Jamek Saad Bin Abi Waqqas, Masjid Jamek Layang-Layangan, Labuan serta Masjid Mahmoodiah, Presint 18 Putrajaya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, penganjuran program berkenaan yang saban tahun diadakan merupakan inisiatif terpuji bagi menyuburkan budaya penghayatan al-Quran dalam kehidupan.

Menurutnya, amalan membaca dan memahami maksud al-Quran harus menjadi rutin harian agar sentiasa menjadi pendamping di dalam kehidupan di celah-celah kesibukan melayari media sosial dan telefon pintar.

"Institusi masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan tidak ketinggalan menganjurkan acara tersebut secara serentak melibatkan penyertaan dalam kalangan ahli kariah masing-masing lebih-lebih lagi menjelang 10 hari terakhir Ramadan.

"Surah Al-Insan yang dipilih sebagai ayat untuk ditadabbur amat bertepatan bagi bermuhasabah dan menggilap semula potensi insan yang dimuliakan kerana sifat kerendahan hati," katanya pada Khamis.

Dalam pada itu, kira-kira 30 kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan turut serta dalam World #QuranHour yang berlangsung di Angkasapuri anjuran Seksyen Fasiliti Teknikal Berita BAKES dengan kerjasama Bahagian Ehwal Semasa dan Masjid Muhammadi RTM.

Ketua Imam Masjid Muhammadi RTM, Mohd Firdaus Muhammad berkata, program berjalan lancar dan meluahkan kelegaan apabila surah Al-Insan diangkat sebagai tema pada kali ini.

"Inti pati surah ini memberi pemahaman kepada kita untuk menjadi orang baik dan sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.

"Apabila menghayati bacaan surah ini, sebagai manusia kita perlu menghambakan diri kepada ALLAH SWT dengan penuh keikhlasan.

"Apabila berbuat demikian, dapat kita lakukan segala amal kebaikan semata-mata kerana ALLAH SWT, " katanya.

Tambah beliau, program tersebut turut disekalikan dengan majlis khatam al-Quran.

"Dengan membaca al-Quran di bulan penuh keberkatan ini, diharap ia menjadi amalan berterusan serta al-Quran menjadi peneman setia sepanjang masa," katanya.

Selain itu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya turut menyertai program World #QuranHour pada hari sama di jabatan masing-masing.

27masjid WP3

 

Antara jabatan terlibat termasuk Jabatan Belia Masyarakat dan Landskap, Bahagian COB serta Jabatan Bangunan dan Sini Bina MPAJ yang bacaan surah Al-Insan dimulakan pada jam 12 tengah hari.

World #QuranHour membawa tema “Memanusiakan Ummah”, hayati dan fahami misi masuk syurga sekeluarga dan misi melahirkan insan berkebajikan melalui 11 karakter Al-Abrar melalui tadabbur surah Al-Insan.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2023 yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

World #QuranHour
Masjid

Sumber : Sinar Harian. Pautan : Sinar Harian

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.