kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

CAREBINET By The Risers Bantu Tingkatkan Ekonomi Pelajar B40

b40

 

SHAH ALAM - Bagi membantu memenuhi keperluan asas pelajar dalam komuniti B40, Taylor’s College mewujudkan program CAREbinet by The Risers untuk membantu pelajar fokus dan cemerlang dalam akademik.

Inisiatif baharu yang dilancarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tasik itu dilaksanakan oleh The Risers bagi membantu meringankan beban keluarga pelajar yang terlibat.

Inflasi yang mengugat ekonomi dunia dan mempengaruhi kenaikan kos sara hidup, Taylor's College sedar akan kesusahan yang dihadapi oleh sesetengah keluarga yang boleh menjejaskan motivasi dan keupayaan anak-anak untuk terus ke sekolah dan memberi tumpuan di dalam pembelajaran mereka.

Bagi meringankan beban keluarga-keluarga ini, Taylor’s College akan menyumbangkan sebanyak RM200,000 untuk menyokong inisiatif kemasyarakatan demi kecemerlangan pelajar-pelajar dari komuniti yang memerlukan.

Melalui program CAREbinet by The Risers, sebanyak 14 kabinet akan diagihkan di sekolah-sekolah terpilih di Kuala Lumpur. Semua almari ini akan diisi dengan keperluan asas seperti roti, nasi, pes segera sup, minuman segera, sabun tangan, syampu, deodaran dan tuala wanita sehingga Disember 2023.

Program ini mendapat sokongan rakan kongsi Adabi Consumer Industries, Gardenia Bakeries KL, Jasmine Food Corporation, Kotex Malaysia, Mereka, dan Unilever Malaysia.

Pengarah Kampus Taylor's College, Josephine Tan, berkata, Taylor's College komited untuk memastikan setiap pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mencapai kecemerlangan akademik yang mampan.

“Bersama rakan penaja yang berkongsi visi ini, kami ingin memastikan bahawa tiada pelajar yang tercicir untuk memperoleh pendidikan yang saksama dan berkualiti kerana status sosioekonomi mereka.

“Kami berusaha untuk menjadi sebuah institusi yang bukan sahaja terbaik di dunia, malah juga yang terbaik untuk dunia. Oleh itu, kami berusaha untuk menyokong tujuan yang digariskan dalam Agenda Pembanguanan Lestari (SDG), dengan tumpuan khusus iaitu pendidikan untuk semua.

“Dengan memperkasakan pelajar dan mempromosikan amalan mampan, kita ingin memberi impak yang bermakna dalam masyarakat dan mencipta masa depan yang lebih cerah untuk semua,"katanya.

Almari kabinet tersebut diperbuat daripada sisa-sisa plastik dan karton minuman terpakai (UBC) yang ditukar kepada papan polyAl untuk mencipta sebuah almari yang lestari, dan ia dibina sendiri oleh duta-duta The Risers dan juga pelajar-pelajar Taylor’s College dengan bimbingan hab kreatif Mereka.

Josephine berkata, Taylor’s College berharap inisiatif ini dapat memberi impak yang berkekalan dan memastikan setiap pelajar mempunyai akses kepada sumber yang mereka perlukan untuk menjalani kehidupan yang berkembang maju.

“Untuk memulakan inisiatif ini, Taylor's College telah mengenal pasti 14 sekolah untuk fasa pertama, iaitu SMK (P) Air Panas, SMK Bandar Tasik Selatan, SMK Cheras, SMK Cochrane Perkasa, SMK Convent Bukit Nanas, SMK Danau Kota, SMK Dato' Onn, SMK Desa Petaling, SMK Menjalara, SMK Seri Pantai, SMK Seri Permaisuri, SMK Seri Tasik, SMK Tinggi Setapak, dan SMK Wangsa Maju Seksyen 2.

“Taylor’s College memberi komitmen untuk memperluaskan jangkauan kepada lebih banyak sekolah di masa hadapan,”katanya.

Timbalah Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Zainudin Mohamad, berkata, inisiatif CAREbinet by The Risers adalah sejajar dengan fokus Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan saksama.

“Kami di JPWPKL berterima kasih atas usaha proaktif yang berterusan oleh Taylor's College untuk menggalakkan pembangunan mampan dalam pendidikan dan memupuk masyarakat yang lebih saksama dan inklusif,” katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program CAREbinet bt The Risers ini boleh klik pautan di sini.

Tahun lepas, The Risers bekerjasama dengan JPWPKL untuk kempen ‘Bag to School’ iaitu suatu inisiatif yang bertujuan untuk menyokong pelajar daripada keluarga B40 dalam membeli alat keperluan untuk memudahkan peralihan mereka kembali ke sekolah bagi penggal baharu semasa pandemik. Kempen tersebut telah berjaya membantu 1,000 pelajar dari daerah Bangsar, Pudu, Keramat dan Sentul.

The Risers ditubuhkan oleh Taylor’s College untuk melibatkan komuniti dan cabang pembangunan belia yang berusaha untuk membina persekitaran pemikiran dan memberi peluang kepada pelajar dan pemimpin sekolah untuk membangunkan kemahiran kepimpinan yang boleh diterapkan dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang CAREbinet by The Risers, sila layari https://college.taylors.edu.my/en/life-at-taylors/the-risers/impact/carebinet.htmlxxx

Sumber : Sinar Harian. Pautan : Sinar Harian

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.