kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PM Seru Anak Muda Bangkit Selamatkan Negara Dengan Ilmu, Budaya Membaca

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru anak-anak muda agar bangkit menyelamatkan Malaysia dengan ilmu, kesedarandan semangat melalui budaya membaca.

Beliau berkata Malaysia MADANI tidak mungkin dapat diangkat tanpa akhlak, nilai dan kesediaan anak-anak muda untuk membudayakan ilmu melalui pembacaan yang meluas.

Anwar, yang menganggap usaha membudayakan membaca sebagai cabaran besar kepada negara, berkata kebangkitan anak muda perlu bermula dengan kekuatan ilmu.

“Sementara ada media sosial, saya tidak boleh pertikai kepentingannya, percayalah kalau mahu menjadi manusia dan insan yang menyebut karamah insaniah, manusia yang adanilai, akhlak dan ilmu, mesti mulakan tradisi membaca dengan serius.

“Saya hendak gesa secara serius, negara ini harus diangkat menjadi negara MADANI yang ada ilmu, yang ada nilai, yang ada ihsan, ada rahmah. Semua itu boleh dipupuk melalui semangat membaca dan menimba ilmu,” katanya ketika merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

PBAKL 2023, yang berlangsung sejak semalam hingga 4 Jun ini, menyasarkan 900,000 pengunjung dan menghimpunkan sejumlah 211 syarikat pempamer dalam industri perbukuan melibatkan 812 reruai.

Perdana Menteri turut menyeru warga pendidik dan ibubapa agar menekankan budaya membaca dari peringkat awal kerana minat membaca sudah meluntur dengan kewujudan media sosial.

Beliau turut berkongsi pengalaman dan kehadiran dua tokoh ulama besar dunia Islam ke Malaysia semalam iaitu bekas Mufti Agung Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Juma'ah Al Azhariserta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman iaitu Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.

Anwar berkata berbekalkan ilmu yang dimiliki kedua-dua tokoh ulama itu, pendekatan mereka lebih hikmah dan bijak kerana agama diterapkan dengan ilmu, kasih sayang, toleransi serta hormat-menghormati.

“Tetapi bagi yang dangkal ilmu, yang ilmunya sejengkal, ilmu itu disebarkan dengan menghukum, tanam kebencian, menghina orang, mencerca atas nama agama kerana kefahamannya cetek dan dangkal.

“Ucapan saya hari ini adalah ucapan merayu, memujuk, menyeru, mendesak serta mengasak pemikiran anak-anak muda supaya tukar sikap kita dan mulakan satu budaya, budaya baca yang bersungguh-sungguh dalam kalangan kita,” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak agar memanfaatkan kekuatan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu selain bahasa kebangsaan bagi memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini.

Sumber : Bernama. Pautan : Bernama

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.