kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PUNB Latih Belia Orang Asli Bekerja Di Bengkel Kereta

 

 org asli

 

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) memperkenalkan program baharu, Empowering Orang Asli Communities (ECO) yang bertujuan untuk memperkasa komuniti Orang Asli melalui kemahiran dan latihan.

Ia sejajar dengan usaha meneruskan agenda menyokong dan mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Program ECO adalah kerjasama strategik antara PUNB dan Rakan Usahawan dalam bidang automotif untuk melatih belia Orang Asli berusia 18 hingga 30 tahun menjalani latihan sambil bekerja di bengkel-bengkel kenderaan milik Rakan Usahawan PUNB yang terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, PUNB memilih untuk memperkenalkan program ECO bagi memperkasakan kehidupan Orang Asli dan merapatkan jurang ketidaksamaan dalam ekonomi.

"PUNB melakukan penambahbaikan berterusan terhadap langkah-langkah yang menyokong dan mempromosikan SDG sebagai bahagian penting dalam operasi kami.

"Ia sejajar dengan agenda utama SDG PUNB dalam mencapai keseimbangan keperluan pembangunan operasi dan menyumbang impak positif kepada masyarakat," katanya dalam sidang media hari ini.

Izwan berkata, PUNB komited untuk membantu belia Orang Asli dengan menggalakkan keterangkuman sosial melalui penglibatan meluas di dalam bidang kemahiran dan aktiviti yang boleh meningkatkan taraf ekonomi mereka.

"Seramai 10 belia Orang Asli yang berasal dari perkampungan Orang Asli di sekitar Jerantut, Pahang terpilih dalam projek rintis ini.

"Mereka yang terpilih akan menjalani latihan selama enam bulan bermula Jun depan di bengkel Rakan Usahawan PUNB yang terletak di Temerloh, Bangi, Banting dan Cyberjaya," katanya.

Beliau berkata, lima Rakan Usahawan PUNB terpilih akan bertindak sebagai mentor dengan memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada peserta.

Rakan Usahawan PUNB yang terbabit adalah Awie Tayar & Services, Maxipura Sdn Bhd, Kah Millenium Work Sdn Bhd, Azam MM Sdn Bhd dan Wan Nor Auto Services Sdn Bhd.

Katanya, PUNB akan memperluaskan lagi komoditi Orang Asli di kawasan lain dengan menyasarkan 50 belia pada tahun ini.

"Apabila fasa pertama sudah berjalan selama sebulan, kami akan memulakan fasa kedua dengan bidang yang sama iaitu automotif.

"Kami bercadang untuk fasa ketiga PUNB akan membuka peluang kepada bidang lain seperti makanan dan minuman (F&B)," katanya.

Sumber : Berita Harian. Pautan : Berita Harian

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.