kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

84 Peratus Rakyat Malaysia Tiada Simpanan Bulanan

 

menteri ekonomi

 

SUNGAI BULOH - Sebanyak 84 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan tetap setiap bulan berdasarkan kaji selidik Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN).

Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, kebanyakan rakyat Malaysia hanya menyimpan secara tetap untuk jangka pendek sebelum dikeluarkan semula pada hujung bulan bagi menampung perbelanjaan harian.

"Data itu juga menunjukkan 52 peratus berasa sukar untuk mengenepikan RM1,000 bagi kegunaan kecemasan.

"Selain itu, 76 peratus rakyat Malaysia mempunyai belanjawan, tetapi tidak semua benar-benar mematuhi belanjawan itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Aplikasi Belanjawanku 2022/2023 di Menara KWSP pada Selasa.

KWSP merupakan ahli FEN yang mengendalikan kajian berkenaan menerusi data Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 hingga 2023.

Mengulas mengenai insiatif Belanjawanku, Ahmad Badri berkata, aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya itu menyediakan anggaran perbelanjaan bulanan minimum bagi pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan mengikut kadar isi rumah berbeza.

Justeru beliau menyifatkan inisiatif berkenaan mampu membantu rakyat untuk merancang kewangan dan perbelanjaaan dengan lebih berhemah.

"Sebagai projek rintis, panduan ini pada mulanya dibangunkan pada tahun 2019 untuk pengguna di Lembah Klang sahaja.

"Namun kini panduan BelanjawanKu diperluaskan untuk kegunaan pengguna di 11 kawasan utama di seluruh negara seperti Johor Bahru, Alor Setar dan Kuching.

"Sehingga Mei lalu, aplikasi Belanjawanku merekodkan 12,000 jumlah muat turun,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SWRC, Profesor Datuk Dr Norma Mansor berkata, faktor tahap celik kewangan yang rendah serta peningkatan kos sara hidup menjadi faktor rakyat Malaysia mempunyai simpanan rendah selain hutang tinggi dan kebankrapan tinggi dalam kalangan belia.

"Aplikasi BelanjawanKu memainkan peranan sebagai panduan untuk perancangan kewangan dan pengurusan hutang individu selain mengesyorkan jumlah simpanan untuk kegunaan masa depan.

"Pembuat dasar juga boleh menggunakan BelanjawanKu sebagai penanda aras dalam menangani isu kos sara hidup, pariti kuasa beli dan membasmi kemiskinan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian. Pautan : Sinar Harian

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.