kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Sudah Bekerja, Hilang Minat Belajar Antara Punca Pelajar Tak Duduki Peperiksaan SPM

20230617   spm

 

IPOH: Sudah bekerja atau hilang minat meneruskan pelajaran dikenal pasti antara punca menyebabkan 1,106 daripada 32,735 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Perak tidak menduduki peperiksaan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah, berkata kaedah pembelajaran secara dalam talian juga menyebabkan ada pelajar tidak menamatkan persekolahan kerana sudah menjana pendapatan sendiri dengan bekerja sambilan.

"Terdapat pelbagai faktor mengapa calon ini tidak hadir peperiksaan. Tetapi kemiskinan bukan faktor utama. Banyak perkara lain yang perlu diteliti, kita tidak boleh kata disebabkan kemiskinan pelajar tidak mahu ambil peperiksaan kerana ramai pelajar B40 yang berjaya.

"Namun, isu keciciran pelajar SPM ini bukan berlaku pada 2022 sahaja, sebaliknya ia berlarutan setiap kali peperiksaan awam itu dilaksanakan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Apresiasi dan Jalinan Kolobrasi empowerNCER Akademik, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Dr Norkhalid Salimin; Pengarah Modal Insan dan Sekretariat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datin Shahdee Ahmad dan Ketua Bahagian Operasi Yayasan Petronas, Tengku Noraida Tengku Mahmood.

Khamis lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan hampir 30,000 pelajar direkodkan tidak menduduki SPM 2022, termasuk calon yang berdaftar mengambil satu mata pelajaran dalam peperiksaan awam itu.

Mengulas lanjut, Khairudin berkata, pihaknya yakin KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri akan mengambil langkah proaktif dalam menangani isu itu. - BERNAMA Sumber Berita Harian
Pautan : Berita Harian

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.