kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

85 Kes Rasuah Babitkan Belia 17 Hingga 24 Tahun

20230618   85kesrasuah

 

JOHOR BAHRU: Seramai 85 belia yang berusia antara antara 17 hingga 24 tahun antara yang dikesan terbabit dalam kes rasuah. Perkara itu didedahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali. Beliau berkata, jumlah itu adalah belia yang ditahan atas pelbagai kesalahan rasuah bagi tempoh dari 2018 hingga tahun lalu.

"Berdasarkan statistik SPRM, seramai 85 orang belia berusia antara 17 hingga 24 tahun telah ditangkap atas kesalahan rasuah bagi tempoh dari tahun 2018 hingga 2022. "Untuk tempoh yang sama, seramai 37 orang belia itu sudah dituduh di mahkamah dan seramai 31 orang belia itu sudah selesai perbicaraan dan didapati bersalah. "Justeru, golongan belia di negara ini digalakkan membantu SPRM melaporkan isu berkaitan rasuah menggunakan pelbagai platform yang disediakan termasuk laman web," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Program Antirasuah Bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Persatuan Belia Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di SPRM Negeri Johor di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah SPRM Negeri Johor, Datuk Azmi Alias; Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan Pengerusi MBM Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin. Mengulas mengenai program itu, Norazlan berkata, program itu dianjurkan sebagai usaha memberi pendedahan mencegah ketirisan dalam pengurusan dana dan salah laku dalam persatuan belia. Beliau berkata, dana awam adalah satu amanah yang harus dilunaskan bukan sahaja dengan mengikut peraturan kewangan dan perakaunan, tetapi haruslah menepati objektif tujuan dana itu diberikan.

"Beberapa kes yang disiasat SPRM mendedahkan berlakunya penyelewengan dan perlakuan rasuah dalam pengurusan dana-dana awam ini. "Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman mengenai kesalahan rasuah dan pengetahuan berkaitan tatakelola pengurusan dana persatuan yang baik bagi mengelakkan berlakunya insiden perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. "Ia juga diharap membantu dalam menyebar luas pelaksanaan inisiatif SPRM kepada ahli persatuan serta masyarakat setempat," katanya. Beliau berkata, daripada aspek pendidikan di peringkat universiti, Modul Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) menjadi mata pelajaran wajib bermula tahun ini.

"Sebanyak 116 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga sudah menubuhkan Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) untuk mendidik serta menyebar luas mesej antirasuah dalam kalangan pelajar mereka," katanya. Sementara itu, Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi berkata, MBM komited membanteras rasuah dan akan bekerjasama dengan SPRM untuk melantik ikon antirasuah dalam kalangan belia bagi seluruh peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Katanya, ia sebagai medium penyampai bagi memberi pendedahan kepada belia mengenai bahaya rasuah dan kepentingan membanteras jenayah rasuah.

Program yang disertai seramai 100 ahli persatuan belia di bawah MBM Negeri Johor itu membabitkan sesi penerangan dan dialog mengenai kesalahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009, inisiatif antirasuah yang diperkenalkan SPRM, isu rasuah yang berlaku membabitkan dana persatuan dan kesan sekiranya pengurusan dana diseleweng atau tidak diuruskan dengan sempurna.

Sumber : Berita Harian
Pautan : Berita Harian

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.