kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

MBM Sokong Pelajar Tercicir Duduki SPM Semula

20230619   mbmisuspm

 

SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) mencari hampir 30,000 pelajar tercicir dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 untuk menduduki semula peperiksaan itu atau beralih ke Program Pendididkan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Exco dan juga Timbalan Pengerusi Biro Pendidikannya, Mohd Fauzi Fadzil berkata, pembangunan belia termasuk dalam bidang akademik sepatutnya tidak hanya bergantung kepada teknologi dan persekitaran persekolahan semata-mata sebaliknya perlu melibatkan pelajar bersama pertubuhan belia bagi membantu mereka membina jati diri.

"Ia kerana tanpa jati diri yang mantap maka mereka akan hanyut dalam mengejar impian yang sia-sia seperti menjadi jutawan berasaskan kandungan media sosial.

"Kepentingan pendidikan lebih besar daripada matlamat untuk mengumpul kekayaan material keduniaan. Pendidikan perlu dilihat sebagai ‘kenderaan’ untuk mengangkat status individu dan negara.

"Justeru, MBM sentiasa bersedia menjadi rakan pembangunan negara bersama KPM bagi membantu membawa kembali hampir 30,000 pelajar yang tercicir semasa SPM 2022 untuk kembali ke dunia akademik," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Mohd Fauzi, pihaknya juga yakin dan mampu untuk membantu mengembalikan semangat pelajar tersebut melalui pembentukan jati diri yang mantap supaya fokus mereka dapat dibentuk kembali.

Pada Isnin, media melaporkan KPM akan terus memberi peluang kedua kepada pelajar yang tercicir untuk menduduki peperiksaan SPM.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga menawarkan peluang menceburi bidang lain menerusi TVET yang dibuka seluas-luasnya kepada pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan. Sumber : SInar  harian
Pautan : Sinar Harian

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.