kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Empat Daripada Lima Remaja Di Malaysia Tidak Aktif Secara Fizikal - Dr Zaliha

Dr Zaliha

 

PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) - Empat daripada lima remaja di negara ini adalah tidak aktif secara fi zikal, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Selain itu, dua daripada tiga remaja mengamalkan aktiviti kecergasan pada tahap sedentari, katanya dalam slot Suara Menteri yang disiarkan sempena Pogram Himpunan Virtual,Program Promosi Sihat di Institusi Kesihatan (Hepili) 2023 hari ini.

“Makin ramai pula anak-anak remaja kita tidak aktif. Jadi, apa lagi? jom kita mulakan sekarang!. Aktif setiap hari. Hanya 30 minit sahaja, lima kali seminggu. Mudahkan?,” katanya.

Dr Zaliha dalam perhimpuan maya yang bertemakan ‘Kami Nak Hidup Sihat’ itu turut berkongsi pengalaman bahawa dalam kesibukan beliau dengan tugasan harian, ia tidak menghalangnya mengaktifkan diri setiap hari untuk memastikan kesihatan terjaga.

Turut menyampaikan ucapan ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Sementara itu, Fahmi dalam ucapannya menggalakkan orang ramai melakukan regangan ringkas yang dikenali X-break iaitu aktiviti fizikal yang dilakukan selama tiga hingga lima minit setelah duduk yang lama iaitu melebihi dua jam.

Sementara itu, Yeoh berkata pada usia belia, seseorang individu perlu aktif untuk membina ketahanan dan jati diri, manakala Fadhlina berkata cuaca panas bukan alasan untuk tidak melakukan senaman kerana ia boleh dilakukan di dalam rumah dan kawasan tertutup.

Perhimpunan secara secara maya tersebut disertai kira-kira 548,000 peserta dari seluruh negara.

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.