kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bengkel Pemantapan IYRES Community Enumerator (ICE) Penyelia Tahun 2023

20230716 bengkelice

 

PUTRAJAYA, 16 Julai 2023- Buat julung kalinya Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Bengkel Pemantapan IYRES Community Enumerator (ICE) Penyelia Tahun 2023 yang melibatkan penyertaan seramai 62 Agen ICE yang bertindak sebagai penyelia. Bengkel ini dilaksanakan selama 3 hari bermula 14 - 16 Julai 2023 dan telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran serta meningkat kompetensi penyelia ICE sebagai persediaan awal dalam melaksanakan proses kutipan data dilapangan. Sepanjang pelaksanaan bengkel pelbagai aktiviti telah dilaksanakan melibatkan sesi ICE Breaking, perkongsian kajian Indeks Belia Malaysia (IBM) dan Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM), Penerangan Sistem iGREAT dan simulasi sistem serta aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) : Mind Discovery.

Diakhir program, peserta telah melafaz bacaan ikrar integriti Agen ICE yang telah diketuai oleh Saudara Muhamad Azuwan Bin Azmi. Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1.

IYRES merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah merealisasikan bengkel ini.

 

Disediakan oleh:
Nur Aqilah Syazwani Mohd Nor
aqilah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Muhammad Rahimi Izhar Redzuan
rahimi.redzuan[at]iyres.gov.my

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.