kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Belia Berupaya Jadi Adiwira Perpaduan Negara

 

14082023 belia adiwira

 

SIBU - Golongan muda di negara ini diseru untuk menjadi ejen perpaduan negara dengan melibatkan diri sebagai Jiran Muda KRT atau melalui platform Sekretariat Rukun Negara (SRN).

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, berbekalkan semangat, kudrat dan kreativiti mereka, golongan muda berupaya menjadi adiwira dalam mengukuhkan dan menyuburkan semangat perpaduan di negara ini.

"Saya optimis pendekatan melalui program seperti ini mampu menarik lebih ramai golongan muda kembali aktif bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT),” katanya semasa menutup Program Jalinan Integrasi Nasional Mahasiswa Tahun 2023 di Skim Penempatan Semula Rascom Nanga Tada di Kanowit hari ini.

Beliau berkata, peranan golongan muda atau belia yang merupakan kelompok terbesar dalam populasi masyarakat Malaysia, adalah amat penting kerana mereka adalah satu daripada ejen perubahan dalam misi membentuk sebuah negara yang berupaya dan berintegrasi.

Sehingga kini terdapat 5,892 ahli Kelompok Jiran Muda KRT dan 188 SRN di bawah naungan kementerian itu di seluruh negara.

Menyentuh mengenai Program Jalinan Integrasi Nasional, Aaron berkata, ia mampu menjadi wadah terbaik untuk memupuk dan menyemarak semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dengan penglibatan golongan belia.

Menyedari hakikat itu kementerian tersebut akan melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Explorasi Rukun Negara, Debat Perpaduan, Pantun Perpaduan dan Simposium Pendidikan Rukun Negara bagi meningkatkan kesedaran generasi muda untuk menghayati kepentingan perpaduan antara kaum.

Seramai 60 mahasiswa dari Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dan lima mahasiswa dari Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang menyertai Program Jalinan Integrasi Nasional Mahasiswa 2023 di Rumah Ugap Seribu yang bermula Khamis lepas.

Anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kementerian Perpaduan Negara, program tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk menimba pelbagai pengalaman baharu di samping mengukuhkan hubungan dan interaksi sosial antara generasi muda dan komuniti setempat dengan memahami bahasa ibunda, adat resam dan budaya kaum lain.

Di sepanjang program tersebut para peserta tinggal bersama keluarga angkat mereka untuk merasai pengalaman sebenar budaya, makanan dan amalan seharian masyarakat setempat. - Bernama

 

 

Sumber : Sinar Harian

Pautan : Sinar Harian

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.