kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Minggu Sains Negara, Techlimpik, Innovathon Tarik Minat Remaja Tarhadap Sains, Teknolog I- MOSTI

 
15082023 mosti
 
 

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengatur pelbagai program bagi menarik minat remaja dalam mengarus perdanakan sains, teknologi dan innovasi, antaranya dengan mengadakan Minggu Sains Negara, Techlimpik dan program realiti Innovathon

Menterinya Chang Lih Kang memberi contoh penganjuran Minggu Sains Negara dari April hingga Oktober di seluruh negara setiap tahun, yang menampilkan pelbagai bentuk pameran sains dan teknologi umpama karnival.

“Ia bertujuan mencungkil bakat dan mempamerkan apa itu sains dan teknologi pada hari ini, supaya boleh menarik minat anak-anak muda kita kepada sains dan teknologi,”katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Beliau berkata pertandingan Techlimpik yang merupakan hasil gabungan teknologi dan olimpik juga dianjurkan bagi menarik minat anak-anak mengenai sains, robotik,pengekodan, Internet Benda (IoT) dan perisian.

Selain itu, MOSTI turut menganjurkan Innovathon iaitu satu pertandingan dalam bentuk program realiti televisyen yang mempamerkan inovasi rakyat. "MOSTI memainkan peranan penting dari segi daya cipta, ini adalah salah satu teras utama yang ada dalam konsep Malaysia Madani ini.

"(Seterusnya), sains dan teknologi boleh digunakan untuk atasi masalah yang kita hadapi sekarang, bukan sahaja Malaysia malah di peringkat global, contohnya bagaimana kita guna sains dan teknologi untuk atasi masalah perubahan iklim dan tangani isu sekuriti makanan,” katanya.

 

 

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.