kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

60 Pelajar Kolej Komuniti Miri Terima Bakul Rahmah

 
23082023 60 kolej komuniti
 
 

MIRI, 21 Ogos (Bernama) - Seramai 60 pelajar Kolej Komuniti Miri telah menerima Bakul Rahmah berjumlah RM5,000 di sini hari ini.

Sumbangan berupa barangan keperluan asas dan kegunaan harian terdiri daripada beras, minyak masak, biskut, mihun, gula, tepung, milo, kicap, sardin, mi segera dan teh itu telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh.

Menurut Fuziah, sumbangan Bakul Rahmah itu dijayakan oleh beberapa badan berkanun dan sukarela termasuklah Yayasan Persatuan Islam Malaysia (Yapeim), Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Shell Miri, Palmer Sdn Bhd, Upmills Sdn Bhd, Everise Supermarket dan Pioneer Trading Sdn Bhd.

“Kementerian berharap lebih ramai pihak industri, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), tokoh korporat, dermawan dan orang perseorangan dapat bersama kementerian dalam menggembleng tenaga dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar dan seterusnya menjayakan Program Bakul Rahmah ini,” katanya pada majlis penyerahan tersebut.

Beliau berkata sejak 11 Jan lepas, kementerian itu telah memperkenalkan Bakul Rahmah sebagai satu daripada program utama bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat di seluruh negara.

Objektif utama pelaksanaan Rahmah adalah untuk membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama dengan mekanisme pelaksanaan adalah secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan tidak mempunyai sebarang peruntukan daripada kementerian mahupun kerajaan.

Kementerian itu katanya amat berterima kasih kepada semua pihak yang giat aktif membantu Kementerian dalam membantu golongan sasar.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan semua pihak bagi membantu golongan yang memerlukan khususnya mangsa bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir.

 

 

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.