kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kerajaan Timbang Permudah Syarat OKU Sertai TVET - PM

 
04092023 oku sertai tvet
 
 

JOHOR BAHRU, 3 Sept (Bernama) - Kerajaan akan menimbang semula syarat kelayakan bagi golongan orang kurang upaya (OKU) mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memudahkan mereka menyertai bidang itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memaklumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Pengerusi Majlis TVET, untuk melaksanakan perkara itu.
"Saya akan beritahu beliau walaupun ada kelonggaran untuk OKU, janganlah kenakan syarat seperti (perlu mempunyai) dua tangan. Syaratnya mesti yang ada keupayaan, jadi kita akan berikan ruang.

"Insya-Allah, ini boleh (dilaksanakan)," katanya ketika menjawab soalan dalam Program ‘Temu Anwar’ di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai hari ini. Terdahulu, seorang peserta OKU yang merupakan alumni UTM ingin tahu langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan dasar memperuntuk satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada golongan itu dipatuhi dan keperluan menilai semula syarat menyertai TVET bagi OKU. Anwar berkata beliau akan membawa perkara itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri untuk memastikan semua agensi kerajaan dan kementerian mematuhinya.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengkaji langkah mewujudkan sekolah pendidikan khas peringkat menengah di Johor bagi membolehkan pelajar golongan itu melanjutkan pengajian selepas sekolah rendah, khususnya OKU pendengaran, seperti yang terdapat di Pulau Pinang.

“Saya akan bawa berkenaan sekolah pendidikan khas menengah. Saya tidak tahu ada hal ini (ketiadaan sekolah khas) kerana itulah saya melakukan Temu Anwar untuk mendengar suara rakyat walaupun ada yang memperlekeh program ini.

"Apa salah kita dengar (masalah seperti ini) bukan setuju semua, kalau tidak boleh jawab, saya bawa kepada Jemaah Menteri. Insya-Allah (cadangan bina sekolah menengah OKU di Johor) akan masuk dalam perancangan segera," katanya.

Menjawab soalan berkaitan perkembangan terkini pelaksanaan Kad Siswa Rahmah, Perdana Menteri berkata cadangan yang dicetuskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri. Program Temu Anwar, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafi z Ghazi dan Naib Canselor UTM Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail, berlangsunglebih sejam setengah dengan disertai hampir 4,000 pelajar, pendidik serta orang awam.

 

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.