kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Anak Muda Berperanan Bantu Kerajaan Tangkis Tohmahan - PM

 
04092023 anak muda
 
 

JOHOR BAHRU, 3 Sept (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata anak muda di negara ini boleh memainkan peranan membantu kerajaan menangkis tohmahan segelintir pihak dalam landskap politik dan ekonomi masa kini.

Beliau berkata golongan itu juga boleh membantu menyampai atau menjelaskan pelbagai ‘kebenaran’ melalui media sosial antaranya isu pemberian peruntukan kepada beberapa negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional.

“Mereka berkata Anwar menzalimi negeri-negeri PAS. Saya keluar kenyataan di Parlimen, peruntukan untuk Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis lebih tinggi tahun ini di bawah pentadbiran Anwar berbanding tahun lalu, dua tahun dan tiga tahun yang lalu, ini fakta,” katanya ketika menjawab soalan dalam program Temu Anwar di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai hari ini.

Perdana Menteri turut merujuk kehadiran beliau di konsert yang disifatkan oleh segelintir pihak sebagai bertentangan dengan nilai Islam sedangkan ia dilakukan sebagai menghormati undangan penganjur dan turut disertai golongan muda.

Ahli Parlimen Tambun itu juga yakin dengan kuasa anak muda, Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang hebat di rantau Asia.

“Orang lama asyik hendak gaduh sahaja, memfitnah, jangan dipeduli, fikir sendiri, buat sesuatu untuk selamatkan negara anda.

“Jika anda tidak boleh menerima perkara ini, anda harus mengubah naratif politik dan ekonomi negara ini,” katanya sebelum sesi dialog itu.

 

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.