- Home
- Berita Terkini
- Kerjasama Strategik di antara Yayasan Pahang dan IYRES dalam membentuk Kajian Indeks Belia Negeri Pahang dan Program Pembangunan Belia Negeri Pahang
Kerjasama Strategik di antara Yayasan Pahang dan IYRES dalam membentuk Kajian Indeks Belia Negeri Pahang dan Program Pembangunan Belia Negeri Pahang
PUTRAJAYA, 7 September 2023 - Telah berlangsung sesi perbincangan Yayasan Pahang bersama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 10 Menara KBS. Objektif utama sesi ini adalah untuk membina jalinan kerjasama strategik di antara Yayasan Pahang dan IYRES dalam membentuk Kajian Indeks Belia Negeri Pahang dan Program Pembangunan Belia Negeri Pahang.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dengan pembentangan tentang cadangan pelaksanaan kajian ini. Yayasan Pahang dihadiri oleh YH. Dato' Indera Mahmud Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif serta delegasi. Turut hadir wakil daripada IYRES dalam sesi ini Pn. Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES dan Pn. Asnida Abd.
Hamid, Eksekutif Penyelidik IYRES.