kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Karnival Jom Latih Belia Bina Kemahiran, Mampu Jana Pendapatan Lumayan - Wan Azizah

 
11092023 wan azizah
 
 

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) - Karnival Jom Latih Belia Digital MADANI bertujuan memberi pendedahan kepada suri rumah tangga terutamanya ibu tunggal untuk membina kemahiran tersendiri disamping dapat menjana pendapatan lumayan.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata karnival itu susulan ketergendalaan pendapatan ramai golongan wanita di kawasan Parlimen itu selepas penularan wabak COVID-19.

"Selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan wabak COVID-19, banyak yang tergendala dan tersekat terutamanya, dalam erti kata pendapatan dan pendidikan

"(Karnival) ini yang kita mahu terutamanya dari Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) bergabung dengan Parlimen Bandar Tun Razak dan pihakpolis (sekitar kawasan ini) untuk sama-sama berusaha menarik wanita untuk datang ke program 'reskilldanupskill' ini dan menjana pendapatan lumayan buat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan karnival berkenaan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di sini, hari ini.

Sementara itu, ditanya sama ada akan terdapat lebih banyak program seperti karnival itu diadakan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak, Wan Azizah berkatabeliau perlu mengambil kira isu-isu lain yang melanda kawasan itu.

"Kita berusaha sebaik mungkin...kita juga perlu menyesuaikan (program) untuk golongan yang benar-benar memerlukan (bantuan) dalam bidang tertentu. Contohnya,Bandar Tun Razak mempunyai banyak isu miskin bandar yang perlu ditangani. Ini adalah perkara yang perlu kita pertimbangkan... ia bukan "’satu saiz yang sesuaiuntuk semua'’," katanya.

Semperna karnival berkenaan, beberapa kelas kemahiran turut dianjurkan antaranya menghias kek dan menjahit aksesori manik.

Bagi suri rumah Suzana Jamhari, 49, beliau menyertai kelas menghias kek selepas perkongsian iklan oleh kawan-kawannya.

"Tak sangka menghias kek ini susah sebenarnya, tapi seronok!. Cara membentuk hiasan kek yang diinginkan dengan kadar kelembutan tangan mempunyai kesukaran tertentu, tetapi selepas banyak kali latihan, akhirnya jadi juga," katanya yang berasal dari Pudu.

Pekerja sambilan Asnaliza Mohd Asri, 39, dari Cheras pula menyertai kelas menjahit aksesori manik memandangkan anak perempuannya menyukai fesyen dan aksesori jenis itu.

"Saya saja nak cuba buat manik sendiri sebab anak suka, jadi saya nak belajar... kebiasaannya beli siap sahaja, jadi bila ada majlis macam ini, kenapa nak sia-siakan peluang?,” katanya menambah peserta yang mengikuti program berkenaan boleh memanfaatkan ilmu baru yang dipelajari untuk memulakan perniagaan.

 

Sumber : Bernama

Pautan : Bernama

 

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.