- Home
- Berita Terkini
- RM10 Juta Untuk Sedia Latihan TVET Diakreditasi Kepada Pesalah - Anwar
RM10 Juta Untuk Sedia Latihan TVET Diakreditasi Kepada Pesalah - Anwar
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi melaksanakan Program Peluang Kedua Anda (PEKA) Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyediakan latihan kompetensi yang diakreditasi oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) kepada para pesalah pada tahun hadapan.
Beliau berkata program kelolaan Jabatan Penjara itu telah berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada pesalah yang mengakhiri tempoh hukuman.
“Selain itu, kerajaan juga akan membentangkan pindaan bagi Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1963 bagi membolehkan penagih dadah menerima rawatan dan pemulihan tanpa dimasukkan ke institusi penjara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Parlimen hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia tidak terkecuali menerima limpahan tempias akibat krisis kemanusiaan dari negara serantau.
“Kebanyakan pelarian dan pencari suaka di Malaysia adalah dari Myanmar yang tertindas di negara asal.
“Oleh itu, kerajaan bersedia mempertimbangkan akses yang terkawal kepada keperluan asas termasuk pekerjaan, perkhidmatan serta pendidikan,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Pautan: BERNAMA