kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Malaysia, China Setuju Wujud Institusi TVET Tawar Kemahiran Bidang Baharu

 

 

10112023 tvet malaysia n china

 

PUTRAJAYA, 9 Nov (Bernama) - Malaysia dan China bersetuju menubuhkan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang memberi tumpuan kepada bidang baharu antaranya kenderaan elektrik (EV), kecerdasan buatan (AI), komunikasi dan digital serta tenaga solar.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata institusi TVET itu akan diletakkan di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan pelajar tempatan mendapat pendedahan kemahiran dalam bidang baharu daripada syarikat China yang beroperasi di Malaysia.

Beliau berkata perkara itu dipersetujui ketika mesyuarat dua hala bersama Naib Presiden China Han Zheng, yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Malaysia bermula semalam hingga Sabtu ini.

Ahmad Zahid berkata kerjasama mewujudkan institusi itu memberi manfaat 100 peratus kepada pelajar yang dilatih kerana mereka akan diambil bekerja oleh syarikat China yang beroperasi di Malaysia.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata mesyuarat dua hala berlangsung kira-kira sejam itu, turut membincangkan perkara terkait pembangunan di kawasan luar bandar yang berjaya dipertingkat di China.

"Perkara itu harus dipelajari (oleh Malaysia) bukan sahaja soal pertanian tetapi pewujudan suatu kaedah agar migrasi dari luar bandar tidak digalakkan tetapi dibawa pembangunan ke luar bandar dengan infrastruktur, latihan untuk usahawan dan membawa pembangunan industri ke luar bandar.

“Dengan ini, ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan menyebabkan kuasa membeli dalam kalangan masyarakat luar bandar dipertingkat," katanya.

Ahmad Zahid berkata Malaysia dan China juga bersetuju agar program pembangunan halal dirancakkan memandangkan terdapat 14 industri zon halal di seluruh negara.

"Malaysia menawarkan kepada pelabur China membuka kilang di sini (Malaysia) dan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi pengeluaran produk-produk halal di sini untuk dieksport ke negara lain terutama negara Islam," katanya.

China adalah rakan dagang Malaysia terbesar sejak 2009 dengan nilai perdagangan antara kedua-dua negara tahun lepas mencecah 17.1 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia yang bernilai RM2.8 trilion.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan China bagi 2022 adalah sebanyak RM487.13 bilion iaitu peningkatan 15.6 peratus berbanding 2021 manakala nilai pelaburan daripada China bernilai RM9.6 bilion (AS$2.2 billion) yang membuka peluang pekerjaan kepada 6,193 orang tahun lepas.

Sumber : Bernama
Pautan :Bernama

 

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.