kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

USM Bantu Remaja Tangani Kemurungan Digital

 

Kuala Lumpur: Program jelajah 'Train to Reboot' menjadi satu usaha strategik pelajar tahun akhir daripada Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) dalam meningkatkan kesedaran mengenai isu kemurungan digital, khususnya dalam kalangan remaja.

Program itu adalah permulaan kepada kempen memulakan kembali (reboot) yang berlangsung selama empat minggu baru-baru ini membabitkan lima sekolah menengah di Pulau Pinang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Gambir, SMK Abdullah Munshi, SMK Tunku Puan Habsah, SMK Hamid Khan dan SMK St. Xavier.

Pengarah projek, Elangkoven Nair Narayanan, berkata, program itu bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi digital yang lebih seimbang, mendorong perbincangan terbuka dan memecahkan stigma mengenai kesihatan mental melalui pelaksanaan aktiviti interaktif.

Katanya, melalui aktiviti itu juga diharap ia mampu memberikan kesedaran terhadap golongan belia dan remaja mengenai kepentingan dalam mengawal penggunaan teknologi digital pada masa kini.

"Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut dijalankan semasa jelajah ini termasuk 'suara balang' atau voice of jar, bertujuan untuk menggalakkan perbincangan secara terbuka mengenai kesihatan mental dan tabiat digital seimbang, di samping menyediakan sumber dan sokongan kepada mereka yang mengalami masalah kemurungan digital.

"Aktiviti ini bertujuan menggalakkan perbualan secara terbuka mengenai kemurungan digital yang berpunca daripada penggunaan teknologi dan media sosial yang berlebihan," katanya.

Tambahnya, menerusi aktiviti 'Voice of Jar', pelajar dapat menyuarakan masalah dan perasaan yang selama ini dipendam di dalam diri mereka menerusi aktiviti ini.

Katanya, terdapat ramai murid mengambil kesempatan itu dengan berkongsi perasaan mereka mengenai hidup yang dianggap tidak bererti selain merasakan berada dalam kemurungan.

"Terdapat juga luahan hati daripada pelajar berumur 15 tahun yang merasakan bahawa kehidupannya menyedihkan berbanding rakan lain kerana mereka lebih kelihatan cantik di media sosial berbanding dengan dirinya.

"Justeru, kami berharap melalui program jelajah ini dapat membantu pelajar terbabit khususnya melalui aktiviti perbincangan secara terbuka mengenai isu seperti standard kecantikan tidak realistik," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau berharap acara program ini dapat memberi pendedahan yang menyeluruh mengenai isu kemurungan digital.

Katanya, kempen ini juga membantu mereka yang menghadapi masalah kemurungan digital untuk mempraktikkan amalan penggunaan digital yang lebih seimbang seterusnya mendorong perbincangan terbuka dan memecahkan stigma mengenai kesihatan mental khususnya dalam kalangan belia dan remaja.

 

Sumber : Berita Harian

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2024/01/1196505/usm-bantu-remaja-tangani-kemurungan-digital

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.