kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Lentur Bakat Muda Cipta Kandungan Kreatif

 

lentur bakat muda

 

KUALA LUMPUR: Sebagai usaha mencungkil bakat muda kreatif dalam dunia digital, Creative Cloud Community (CCC) dan Acestar kembali mengadakan acara tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu Kejohanan Kebangsaan Malaysia Ke-9, tahun ini.

Dengan menawarkan dua kategori iaitu Adobe Certified Professional (ACP) dan Microsoft Office Specialist (MOS), Kejohanan Kebangsaan Malaysia 2024 antara lain bertujuan memulakan era baharu dalam kreativiti, pendidikan, pembangunan bakat dan kesedaran sosial di seluruh negara.

Penyertaan kedua-kedua kategori dibuka bermula hari ini sehingga 16 Februari depan memberi peluang kepada individu berusia antara 13 hingga 22 tahun mempertaruhkan bakat melalui pendaftaran rasmi oleh di peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

Kategori ACP yang kini sudah memasuki siri ke-9 bakal menguji kemahiran peserta dalam mencipta kandungan kreatif menggunakan perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe InDesign.

Selain perlu mengikut tema ditetapkan penganjur, peserta akan melalui empat peringkat kelayakan untuk mara ke acara kemuncak.

Juara kategori akan dibiayai secara eksklusif oleh Acestar untuk mewakili negara dalam Kejohanan Dunia Adobe Certified Professional Certiport 2024.

Bagi kategori MOS yang berlangsung buat kali keempat di Malaysia akan menilai kemampuan peserta dalam menggunakan Microsoft Office Word, PowerPoint dan Excel dengan setiap perisian mempunyai kriteria dan penilaian tersendiri.

Peserta bersaing perlu menjalani tiga peringkat kelayakan yang dijadual berlangsung antara 23 Februari hingga 21 Mei depan sebelum acara kemuncak di mana pemenang akan diumumkan.

Pengasas CCC dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Acestar, Profesor Adjung Natalie Sit, berkata tujuan penganjuran pertandingan berkenaan untuk meningkatkan kemahiran 10 peratus masyarakat Malaysia melalui Program Pensijilan Kelayakan Mikro.

"Inisiatif baharu ini menandakan langkah penting ke arah memupuk tenaga kerja mahir dan memperkukuh pertumbuhan bakat bertauliah di Malaysia.

"Saya menetapkan misi untuk mengangkat usaha ini menjadi projek nasional kerana mahu mengesahkan dan meningkatkan kemahiran 3 juta belia di negara ini.

"Saya tahu ia mungkin kelihatan mustahil untuk dicapai, tetapi jika kita boleh meningkatkan kemahiran 10 peratus daripada penduduk, ada harapan untuk masa depan.

"Kami sedang berusaha menyediakan belia untuk mengambil alih dunia pendigitalan dalam tempoh 10 tahun akan datang," katanya pada majlis pelancaran Kejohanan Kebangsaan Malaysia 2024, di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), semalam.

Tambah Natalie, dengan menyertai pertandingan berkenaan, peserta berpeluang mempelajari banyak perkara baharu termasuk mengenal pasti kelebihan diri, sekali gus mampu menjadi penggiat industri kreatif digital yang mampan.

"Usaha ini juga bertujuan menghubungkan pendidikan dengan industri teknologi di negara ini.

 

lentur bakat muda2

"Justeru, dengan kelebihan dimiliki, peserta dalam kalangan pelajar ini juga akan mampu mencari peluang kerja pada masa akan datang.

"Kami juga mahu sediakan pelajar untuk menghadapi industri dan membantu mereka membuat pilihan mengenai apa yang terbaik untuk masa depan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada semangat setiap peserta," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Kamil Othman, ketika merasmikan Kejohanan Kebangsaan Malaysia 2024 berkata, antara harapannya untuk melihat persekitaran kreatif mampu diwujudkan, hasil daripada kejayaan program berkenaan.

"Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka terus meningkat dalam 10 atau 20 tahun akan datang jika bakat digital muda sentiasa digalakkan dan disokong oleh institusi pendidikan, sama ada sekolah menengah atau pengajian tinggi.

"Selepas sembilan siri diadakan, ini menunjukkan Kejohanan Kebangsaan Malaysia mampu bertahan dan memberi impak baik. Pertandingan ini untuk mencungkil bakat terbaik di Malaysia dan kami sering melihat perkembangannya.

"Saya percaya sekiranya usaha memajukan industri dilakukan bersama, sasaran bersaing di peringkat antarabangsa akan dapat dicapai. Saya ucapkan tahniah kepada semua yang terbabit dalam penganjuran pertandingan ini," katanya.

Kejohanan Kebangsaan Malaysia 2024 turut membuka peluang bagi bakat muda Malaysia untuk memulakan perjalanan antarabangsa dalam mempersembahkan bakat kreatif digital.

Sebagai langkah awal kepada usaha global ini, pertandingan akan membabitkan tiga pemenang terbaik dalam setiap kategori untuk menyertai Kejohanan Dunia Adobe Certified Professional 2024 dan Kejohanan Dunia Microsoft Office Specialist 2024 di Anaheim, California, Amerika Syarikat (AS) antara 28 hingga 31 Julai depan.

 

Sumber: Berita Harian
Pautan : Berita Harian

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.