kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bilangan Penganggur Di Malaysia Semakin Berkurangan

 

peganggur

 

PUTRAJAYA: Kadar pengangguran pada bulan November 2023 turun kepada 3.3 peratus dan kembali ke paras prapandemik, mencatatkan seramai 569,200 orang penganggur, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM),

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata prestasi tenaga buruh negara menunjukkan peningkatan pada bulan November 2023, mengisyaratkan pertumbuhan positif ekonomi semasa, dengan pertambahan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala pengangguran terus menurun.

"Oleh itu, bilangan tenaga buruh terus mencatatkan peningkatan pada bulan November 2023, naik sebanyak

0.2 peratus bulan ke bulan kepada 17 juta orang berbanding 6.97 juta orang pada Oktober 2023.

"Kadar penyertaan tenaga buruh pada November 2023 kekal pada 70.1 peratus, sama seperti pada bulan sebelumnya," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa bilangan penduduk bekerja pada November 2023 terus meningkat dengan pertambahan sebanyak 0.2 peratus bulan ke bulan, mencecah kepada seramai 16.43 juta orang berbanding bulan sebelumnya.

"Kadar pengangguran pada bulan itu turun kepada paras prapandemik iaitu 3.3 peratus berbanding 3.4 peratus yang direkodkan pada bulan terdahulu," katanya.

Mohd Uzir berkata, daripada jumlah bilangan penduduk bekerja pada bulan November 2023, 75.3 peratus berada dalam kategori pekerja.

Katanya, kategori ini mencatatkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 0.1 peratus kepada 12.37 juta orang.

"Pada masa yang sama, kategori penduduk bekerja sendiri berada dalam trend menaik, meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 2.99 juta orang," katanya.

Mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus meningkat, terutamanya dalam aktiviti maklumat & komunikasi; perkhidmatan makanan & minuman; serta pengangkutan & penyimpanan.

Sektor pembuatan, pembinaan dan perlombongan & pengkuarian turut menunjukkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja pada November 2023.

Manakala, sektor pertanian merekodkan penurunan dalam bilangan penduduk bekerja pada bulan yang sama.

Mohd Uzir berkata, mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan atau penganggur aktif, merangkumi 79.9 peratus daripada jumlah penganggur.

Beliau berkata, mengikut tempoh pengangguran bagi penganggur aktif, 61.8 peratus adalah mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan, sementara 6.3 peratus merupakan mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun.

"Manakala, penganggur tidak aktif atau mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia, meningkat sebanyak 0.8 peratus kepada 114,700 orang," katanya.

Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun berkurang sebanyak 0.1 mata peratus kepada 10.6 peratus pada November 2023, mencatatkan seramai 308,500 penganggur belia.

Begitu juga, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun sebanyak 0.1 mata peratus kepada 6.5 peratus, dengan bilangan penganggur belia seramai 432,000 orang.

Mohd Uzir berkata, walaupun berdepan dengan cabaran global, struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai dan asas yang kukuh telah menyokong pertumbuhan ekonomi yang stabil.

"Oleh itu, pasaran buruh negara juga menunjukkan momentum pertumbuhan yang stabil untuk tempoh 11 bulan pada 2023, dengan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja dan pengangguran yang semakin

berkurangan sehingga mengembalikan kadar pengangguran ke paras prapandemik," katanya.

 

Sumber : Berita Harian
Pautan : Berita Harian

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.