kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

China Tambah Lagi Tawaran 1,000 Biasiswa Kepada Lepasan TVET - Ahmad Zahid

 

china tambah tawaran

 

MELAKA, 16 Jan (Bernama) - Kerajaan China menawarkan tambahan 1,000 biasiswa lagi kepada lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk menjalani latihan di negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelajar terpilih akan menjalani latihan dalam pelbagai bidang kemahiran antara tiga bulan hingga satu tahun di negara Tembok Besar itu yang merupakan antara sebahagian daripada “Belt and Road Initiative (BRI)”.

"Kerajaan China akan membiayai 100 peratus kursus termasuk kemudahan dan lain-lain. Ini satu tawaran yang baik dan penempatan ini dibahagi-bahagikan antara institusi TVET yang ada.

Mereka cuma meminta supaya tiket kapal terbang sahaja yang dibiayai oleh pelajar-pelajar dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan biayai tiket pergi dan balik untuk pelajar-pelajar TVET kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program TVET Place & Train UTeM@KPT di Dewan Canselori, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal di sini hari ini.

Beliau turut berkata biasiswa berkenaan akan diagih-agihkan antara Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia agar ia memberi manfaat kepada semua.

Ahmad Zahid berkata pelajar berkenaan akan menjalani latihan dalam bidang teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik (EV), bateri,keselamatan siber dan sebagainya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata ekosistem TVET di negara ini amat kompleks.

Beliau berkata justeru ia memerlukan pengurusan dan kemahuan politik yang tinggi daripada semua menteri yang terlibat di dalam Majlis TVET Negara (MTVET) agar ia mampu menjadi pemangkin utama melonjakkan sosioekonomi negara.

“TVET akan memperkukuh dan memperkasa negara kita untuk menangani isu-isu dari segi penggunaan tenaga kerja dari luar negara,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan serta institusi pendidikan perlu melihat tumpuan terhadap bidang-bidang tertentu dengan perkembangan teknologi semasa agar negara tidak ketinggalan.

“Kita harus tahu dahulu masyarakat menganggap TVET sebagai bidang sampingan atau kelas kedua, (namun) insya-Allah dengan gaji premium dan nilai tambah ditawarkan saya yakin TVET akan jadi pilihan utama kepada pelajar-pelajar sekolah menengah kelak.

Saya akhirnya mengharapkan kita bersama-sama melangkah ke hadapan bagi menerobos bidang baharu seperti aeroangkasa, pembinaan kapal, teknologi rel,robotik, keselamatan siber dan bidang-bidang lain,” katanya.

 

Sumber : Bernama
Pautan : Bernama

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.