kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Pelajar KPTM, UPTM Perlu Mahir Digital Seiring Perubahan Teknologi Terkini

 

pelajar kptm

 

IPOH, 13 Jan (Bernama) - Pelajar Kolej Poly-Tech MARA dan University Poly-tech Malaysia (UPTM) perlu dilengkapi dengan kemahiran digital, daya kritis terhadap maklumat dan keupayaan untuk beradaptasi dengan perubahan teknologi yang cepat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd., Radzuan Razali berkata antara cabaran utama membentuk generasi pelajar cemerlang secara holistik dalam era teknologi tanpa sempadan adalah memastikan integrasi seimbang antara kemajuan teknologi, pembangunan aspek sosial dan keperibadian.

"Cabaran ini memerlukan sistem pendidikan yang holistik dan inovatif yang dapat merangsang perkembangan pelajar dalam pelbagai dimensi, menyokong keupayaan mereka untuk berfi kir kritis, berkreativiti, dan menjadi individu yang berdaya maju dalam masyarakat.

"Mengatasi cabaran ini, kita dapat mencapai tujuan membentuk generasi pelajar yang tidak hanya cemerlang dari segi akademik tetapi juga secara holistik dalamaspek sosial dan peribadi," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Pelajar (MAKHEP) KPTM dan UPTM, di sini hari ini.

Katanya, pelajar di KPTM Ipoh yang sentiasa aktif menyertai pertandingan inovasi dalam dunia digital yang sesuai dengan fokus program akademik di cawangan ituadalah amat membanggakan.

 

Sumber : Bernama
Pautan : Bernama

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.