kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

UNDP, Malaysia Teruskan Kerjasama Pemantapan Institusi Legislatif, Pembangunan Bakat Dan Belia

 

pembangunan belia

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) - Parlimen Malaysia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bersetuju untuk memperbaharui kerjasama susulan kejayaan usaha sama antara kedua-dua pihak sejak 2019 hingga 2023.

Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kerjasama tersebut merangkumi sistem Jawatankuasa Pilihan Khas di Dewan Rakyat, pengukuhan institusi legislatif, pembinaan kapasiti dan pembangunan belia hingga 2025.

“Pembaharuan kerjasama tersebut telah dibincangkan oleh Pentadbir Bersekutu UNDP Haoliang Xu yang mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul di Parlimen semasa lawatan beliau ke Malaysia hari ini.

“Semasa kunjungan hormat itu, Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pengukuhan sistem tadbir urus dan pemerkasaan Parlimen serta isu alam sekitar, perubahan iklim, dan kemiskinan,” menurut kenyataan tersebut.

UNDP merupakan sebuah badan yang menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan antarabangsa, serantau dan nasional dalam usahanya untuk mendukung pembangunan Malaysia.

Menurut kenyataan itu Xu dijadualkan bertemu Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong bermula hari ini hingga 18 April.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.