- Home
- Berita Terkini
- Dana Rm30 Juta Untuk Misi Sedia Program Peningkatan kemahiran Belia India - SIM
Dana Rm30 Juta Untuk Misi Sedia Program Peningkatan kemahiran Belia India - SIM
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) - Dana latihan berjumlah RM30 juta yang diperuntuk kementerian sumber manusia(KESUMA), menerusi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Unit Transformasi Masyarakat India (MiTRA), akan digunakan untuk menyediakan program peningkatan kemahiran belia komuniti India di negara ini.
Menteri Sumber Manusia Steven Sim dalam kenyataan malam ini berkata inisiatif itu akan menekankan latihan dibidang-bidang kritikal yang memenuhi kehendak industri dan keperluan negara.
"Ini selaras dengan aspirasi 3K KESUMA yang bertujuan untuk meningkatkan Kemahiran, Keberhasilan dan Kebajikan pekerja," katanya.
Sim berkata maklumat lanjut mengenai program latihan di bawah MISI KESUMA-MITRA akan diumum dalam masa terdekat.
Sumber : Bernama
Pautan : Bernama