kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Latihan Berkaitan AI, TVET Harus Ditingkatkan Supaya Negara tidak Ketinggalan - PM Anwar

LATIHAN BERKAITAN AI, TVET HARUS DITINGKATKAN SUPAYA NEGARATIDAK KETINGGALAN   PM ANWAR

 

GEORGE TOWN, 5 Mei (Bernama) - Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak pelaksana terutamanya kementerian untuk memberi fokus melatih golongan anak muda mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) supaya negara tidak ketinggalan dalam bidang itu.

Perdana Menteri berkata dalam hal itu, pendedahan bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) harus diberi penekanan dan ditingkatkan dengan memastikan sesiapa sahaja yang berminat termasuk pelajar maahad tahfiz dapat memanfaatkan program disediakan kementerian mahupun agensi kerajaan.

“TVET itu harus ditingkatkan untuk memenuhi (permintaan pelabur) seperti tiga atau empat hari lalu, kita ada Microsoft yang melabur RM10.5 bilion dan ini memerlukan puluhan ribu pekerja.

“Kalau (pelaburan itu melibatkan) semua ekosistem maka ratus ribu pekerja harus dilatih. Apakah kita ada keupayaan itu?” kata Anwar sambil memaklumkan bahawa Malaysia kekurangan 30,000 jurutera ketika ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara bersekali dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini hari ini.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.