kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

30 CEO Institusi TVET Swasta Ke China Dekati Inovasi

30 ceo tvet swasta

 

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) - Sebanyak 30 Ketua Pegawai Eksekutif institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) swasta berlepas ke Chengdu, China hari ini bagi melihat lebih dekat inovasi dan kejayaan bidang berkenaan di negara itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) Mohammad Rizan Hassan berkata lawatan komprehensif dan penanda arasan TVET selama enam hari itu bertujuan mendapatkan pandangan dengan penggubal dasar,pendidik dan pihak berkepentingan industri di negara berkenaan.

“Lawatan ini sebahagian daripada inisiatif Belia Mahir dengan kerjasama TANG International Education Group (China) dalam menyokong usaha kerajaan untuk menubuhkan Malaysia-China Institute (MCI) dengan mencontohi amalan terbaik China, kita boleh mengukuhkan program TVET di Malaysia dan menyediakan individu dengan lebih baik untuk tuntutan tempat kerja moden," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Rizan berkata kesemua institusi TVET terlibat yang bernaung di bawah Persekutuan Pusat Bertauliah (FeMAC),Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia juga akan menandatangani memorandum persefahaman dengan lima institusi di China bagi menerokai pelbagai bidang termasuk telekomunikasi, pertanian moden, pembinaan, kecerdasan buatan,Internet benda (IoT), teknologi kereta api, solar, robotik dan mekanikal.

Pengerusi Lembaga Penasihat MCI Manndzri Nasib dalam kenyataan sama berkata lawatan berkenaan penting untuk menggalakkan penglibatan institusi TVET swasta menerokai amalan inovatif institusi TVET di China.

“Dengan menanda aras inisiatif TVET di China, pemain TVET tempatan boleh menyasarkan untuk mendapatkan pandangan yang boleh digunakan secara global untuk meningkatkan pembangunan tenaga kerja dan sistem pendidikan,” katanya.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.