kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Sultan Perak Perkenan Belia Baca Khutbah Jumaat Esok

BELIA BACA KHUTBAH

 

IPOH, 16 Mei (Bernama) - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok bersempena sambutan Hari Belia Negara yang disambut pada Rabu (15Mei).

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata ia bagi menghargai sertamengiktiraf peranan penting belia kepada negara.

"Baginda telah menitahkan supaya khutbah Jumaat di negeri Perak pada 17 Mei bertemakan 'Belia: Tenaga Penggerak PembawaPembaharuan',” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perak telah mengemukakan 70 nama pemimpin belia kepada JabatanAgama Islam Perak (JAIPk) untuk mendapat sembah perkenan Sultan Nazrin bagi membaca khutbah itu.

Menurutnya pemimpin belia tersebut antaranya Muhammad Syukri Alimar Shidi daripada Kelab Belia Abrar Sungai Rokam yangakan membaca khutbah Jumaat di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah I, Kampung Sungai Rokam yang boleh memuatkan 2,000jemaah.

Selain itu Mohd Shahril Umat dari Kelab Belia Saerah Pengkalan Hulu yang akan membaca khutbah di Masjid Jamek PengkalanHulu dan Noor Ayman Ahamad dari GB4B Bagan Serai yang akan membaca khutbah di Masjid Daerah Kerian, Parit Buntar.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.