kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Anwar gesa golongan belia fahami objektif kerajaan laksana penyasaran subsidi

20240525   pmx hbn

 

MELAKA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan golongan belia di negara ini perlu memahami objektif di sebalik tindakan kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi bahan api dan elektrik.

Malah, Perdana Menteri berkata golongan belia di Malaysia juga perlu memperkasakan diri dan menuntut pelaksanaan subsidi di negara ini disasarkan secara khusus kepada golongan kurang berkemampuan.

Ini kerana, katanya, skim subsidi semasa di negara ini hanya menguntungkan pemilik perniagaan yang kaya, selain 3.8 juta warga asing.

"Kerajaan baru-baru ini mengumumkan rasionalisasi subsidi diesel yang mana ia mesti diambil peduli oleh golongan belia memandangkan ia secara langsung memberi kesan kepada golongan muda yang terbabit dalam perniagaan yang menggunakan diesel. "Namun, mengapa kita menaikkan harga (diesel)... ini kerana pada masa ini terdapat berbilion (ringgit nilai) subsidi yang menguntungkan pemilik perniagaan kaya dan 3.8 juta warga asing.

"Oleh itu, jika ada pihak yang ingin menentang rasionalisasi subsidi diesel, saya akan bertanya mengapa kita perlu memberi subsidi kepada 3.8 juta warga asing yang tidak membayar cukai, (dan) mengapa kita perlu memberikan bantuan kepada golongan yang berada dalam keadaan maha kaya?

"Ini keputusan yang kita (kerajaan) buat dan saya harap belia faham kenapa kita buat ini," katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat Kebangsaan di Dataran Pahlawan di Banda Hilir, di sini, hari ini.

Perdana Menteri menerusi Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan Selasa lalu memaklumkan kerajaan akan melaksanakan subsidi diesel bersasar di Semenanjung yang membabitkan pengguna komersial B40 dan M40.

Anwar menegaskan subsidi bersasar itu tidak akan dinikmati golongan T20 serta 3.8 juta warga asing, sekali gus memberi penjimatan secara kasar kira-kira RM4 bilion setahun kepada kerajaan seterusnya boleh digunakan bagi menambah peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata perbincangan menyeluruh dilakukan dengan kerajaan negeri di Sabah dan Sarawak susulan pengecualian subsidi diesel di dua negeri itu.

"Kita (kerajaan) tidak menaikkan harga untuk rakyat, dan ini termasuk di Sabah dan Sarawak kerana ramai penduduk di sana bergantung kepada diesel.

"Justeru, semasa perbincangan dengan rakan-rakan di Sabah dan Sarawak, kami mendapati pelaksanaan langkah ini tidak dapat dilaksanakan (di dua negeri itu) kerana tidak seperti di Semenanjung, penggunaan diesel di sana adalah tinggi," katanya.

Pada masa sama, Anwar menambah 85 peratus rakyat Malaysia tidak terjejas dengan keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik.

Beliau mengulangi bahawa hanya syarikat multinasional dan syarikat berorientasikan eksport besar yang mengaut keuntungan berjuta-juta terjejas.

"Justeru, mengapa kita perlu menurunkan tarif elektrik untuk mereka... bukan niat kita untuk membebankan mereka secara tidak wajar, (tetapi) mereka harus membayar mengikut harga sebenar.

"Ini adalah contoh yang harus difahami dan diterima golongan muda. Malah, saya percaya golongan belia harus menuntut yang lebih baik, memastikan subsidi hanya untuk golongan miskin, bagi mereka yang layak, golongan kurang berkemampuan dan bukan golongan kaya," katanya.

 

Sumber : Berita Harian.

Pautan Berita : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1251208/anwar-gesa-golongan-belia-fahami-objektif-kerajaan-laksana

 

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.